Thursday, March 31, 2011

-

Assalamuallaikum wbt

Bertahanlah.

Kan ada trafik light untuk membantu pejalan kaki melintas depan hospital tu dengan selamat dan yakin?
Isn't that enough to make you smile?

Wassalam.

Monday, March 28, 2011

Blog. Padan muka saya.

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah, atas kesempatan dan hidayah dari Allah, serta galakan dari seorang ukhti, maka berjalanlah takdir Allah saya menulis blog yang saya mengharapkan agar bermanfaat.

Kenapa saya suka blog saya? Sebab:

1) Saya boleh baca blog orang

2) Saya boleh merapu, merepek, tapi disebabkan saya (perasan) ingin menjadikan blog ni bermanfaat,maka saya (bermujahadah) cuba untuk mengehadkan kadar kemerepekan saya yang sejati. Tapi saya still boleh merepek secara terhad kerana percaya atau tidak....INI BLOG SAYA.

3)Kerana saya manusia yang tidak kuat azam, hangat hangat tahi ayam, cepat lupa, senang sekali tunduk pada nafsu dan perasaan, kadang kadang rasa macam pengikut kpd hasutan syaitan...berdosanya saya..(tak patut membuka keaiban sendiri kan? maka patutkah saya mula menunjuk nunjuk akan kelebihan saya supaya saya dapat cover keburukan saya? ok. kelebihan saya : BERAT BADAN. sekian)

4)Supaya saya boleh sedar bahawa dalam blog ini, nampak macam baik (blog pun namanya semoga bermanfaat) tapi pada hakikatnya, saya cumalah manusia biasa tak terlepas kepada tarikan iman dan nafsu. Jadi, bila saya buat salah (malas,jahat,dosa,buang masa etc..) saya jadi malu sendiri sehingga satu tahap...nak pandang blog sendiri pun malu. Malu kat Tuhan, malu tentang rendahnya iman..sobs!

5) Merujuk kepada point 3 dan 4, maka dengan ini saya terpaksa jugakla push diri untuk cuba jadi baik, walaupun takdala baik sangat kan..sebab..

Firman Allah swt :
"Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjalan? {2} (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan {3}"

Surah As-Saf, ayat 2 dan 3. Padan muka saya. Maka walau saya pun taklah baik sangat, tapi disebabkan saya menulis apa yang saya tidak kerjakan kan, maka saya terpaksa jugak melakukan apa yang saya tulis..sobs..Berdosanya saya...Sebab saya takut Allah marah saya..

Tak cukup dengan itu, ada lagi...

Hadith Rasulullah SAW..

"Ada seorang lelaki pada hari qiamat kelak ia digiring ke neraka lalu dicampakkan ke dalamnya . Isi perutnya terburai keluar dan ia berpusing-pusing melengkarinya sebagaimana berpusingnya keldai mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata "Wahai si fulan, tidakkah engkau dahulunya menyuruh orang melakukan yang ma'ruf dan melarang yang mungkar?" Lelaki itu berkata: "Ya, memang benar, aku dahulunya menyuruh orang melakukan yang makruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya"

Na'uzubillah.

Sobs..astaghfirullah..Maka disebabkan post post saya terdahulu yang ditulis semasa iman (perasan) di tahap tinggi sikit, saya jadi malu untuk berada pada tahap iman yang rendah.Astaghfirullah..dan atas apa yang telah saya tulis, saya terpaksa buat sebab tak sanggup memikirkan perut saya terburai dalam neraka Allah swt yang dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar, sesuai mengikut perintah Allah...sobs. Dan tak sanggup memikirkan, "adakah Allah telah membenci aku?"

Penat menahan rasa, penat memikirkan dosa. Penat berada di bawah tarbiyyah tapi mengingkarinya, menjadikan dosa saya berkali kali ganda. astaghfirullah..

Penat merasa kesempitan jiwa apabila membaca post post orang lain, yang sibuk memikirkan umat, yang memberi dalil dari AlQuran, tapi lepas tu (saya) buat kesalahan macam biasa. Astaghfirullah. Disebabkan hal ni, thumbs up untuk para ustaz/ustazah, ikhwah akhwat yang lain. Sahabat handai yang tanpa sedar memberi ketukan kepada hati. (Sebab saya je yang boleh ketuk kepala sendiri.Mungkin abang saya boleh jugak)

Pastu bila memikirkan tentang mereka, saya teringat hadith ni yang saya post dalam post sebelum ni..

Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. "

“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

"Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan..(bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.


Padan muka saya lagi. Terasa. Saya tak layak kan bersama mereka yang berjuang?

Apapun, alhamdulillah atas kesempata ini. saya memohon agar Allah memaafkan saya atas semua dosa dosa dan tak putus putus mencurahkan rasa kasih dan kepemurahanNya kepada saya, hambaNya yang lemah,hina dan tidak tahu bersyukur ni..

Astaghfirullah.

6) ok, sambung balik. saya suka blog saya sebab ia blog saya. tempat di mana saya boleh kata padan muka saya banyak banyak banyak banyak banyak kali.

p/s: Depan rumah saya dah ada tanda tanda bakal dinaiki air. Ok.Tak banjir lagi. Doakan saya istiqamah. (takde kaitan). Maafkan intonasi dalam post kali ini. Saya cuba menjadikannya lebih santai kerana saya, seperti sesetengah orang..kadang kadang lebih merasa dekat apabila diberitahu dengan lenggok bahasa dan intonasi yang lebih familiar kepada kita. ( Tapi mungkin bukan kepada atuk atuk dan nenek nenek di luar sana, melainkan nenek tu muda macam saya. nenek kebayan la kut,kan? ok. berhenti merepek. haih. p/s pun panjang berjela,tensen I! )


Astaghfirullah..

Wassalam



5 minit je.

Assalamua'laikum wbt..

Berikut adalah antara respons terhadap post yang ditulis oleh Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA. Link post dia : http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/04/persoalan-kenapa-melayu-dalam-perjuangan-islam/

Responsnya plak tertaip begini :

Jzkk ustaz. Ana merasa tersentuh dgn artikel ini.

Berada di bumi New Zealand ini, pelajar2 Melayu merupakan kelompok yg boleh dikatakan majoriti. Dan di University ana sendiri, pelajar2 Melayu menguasai bidang2 professional spt perubatan, farmasi dll. Alhamdulillah. Berbekalkan tarbiyah, kami bertemu dgn saudara2 seislam dari pelbagai bangsa dan merasakan ukhuwwah yg amat indah. Buat pertama kalinya, setelah keluar dari kepompong Malaysia, ana merasa bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu kerana dlm kelompok Muslim di New Zealand ini, kami dikenali melalui bangsa dan asal kami. Buat pertama kalinya, ana mendengar saudara2 seislam lain memuji kami dengan menyebut ‘The Malay sisters or brothers’ (Saudara/Saudari berbangsa Melayu!).

Buat pertama kalinya ana merasa kita semua, bangsa Melayu amat bernilai dan memainkan peranan penting dalam kebangkitan Islam apabila di sini, kami seringkali diberi kepercayaan untuk memimpin dan menggerakkan persatuan Islam di sini. Bila kami merendah diri kerana merasakan saudara2 berbangsa Arab lebih layak, mereka berkata ‘ The Malays have a good quality of leadership (Org2 Melayu memiliki kualiti kepimpinan yg baik sekali). Alhamdulillah! Alhamdulillah! Bukan pujian yang dicari, tetapi jatidiri yang bangkit dari sini telah membawa impak besar dan positif sekali dalam diri kami. Kami tidak lagi percaya bahawa org2 Melayu lemah, malas atau mundur. Kerana kami telah berada di sini, dan kami tidak malas, tidak lemah, tidak mundur malah kami diberi kepercayaan kerana kami adalah bangsa Melayu yang dimuliakan dengan Islam!

Kalau di Malaysia, kita semua muak mendengar orang Melayu sendiri mengutuk dan merendah2kan bangsa sendiri, di sini kami diberi kepercayaan dan dilihat sebagai bangsa yang berpotensi untuk memimpin ummat! Mengapa tidak kita kibarkan rasa mulia kerana berbangsa Melayu, kerana Melayu sendiri telah sinonim dengan Islam. Seperti kata Umar, ‘Kemuliaanku kerana Islam’. Begitulah kita, kenapa kita ingin mengibarkan semangat Melayu?Kerana bangsa Melayu mulia dengan Islam. Adakah kita bersifat asobiyah melampau?Tidak! Kalau kami di New Zealand mampu melihat rasionalnya, mengapa tidak di tanahair sendiri, yg memangnya bumi asal Melayu dan pernah dikenal sebagai Tanah Melayu?

Allahu’alam




Yeah. Less than 5 minutes dah dapat letak post yang panjang macam ni. senang bukan? Sekarang, yang tukang baca post saya ni plak yang akan amik masa menghadam apa yang tertera, sepertimana saya dgn fokusnya cuba menghadam artikel yang ditulis oleh Ustaz Abdullah ni tadi. Baru la lebih dari 5 minit!


Selamat menghadam! Nyam nyam!


Wassalam




Sunday, March 27, 2011

Tak muda. Makin tua.

Assalamua'laikum wbt.

20 tahun dari sekarang, mampukah kita memaafkan diri sendiri atas keputusan yang diambil pada umur sekarang?

Siapa kita sekarang boleh menjadi faktor kepada di mana kita berada 20 tahun akan datang. 20 tahun dari sekarang, apa yang ingin dikecapi? Secara standardnya..

1)Kerjaya
2)Keluarga
3)Harta
4)Amal...?
5)??

20 tahun akan datang, adakah yang rancak berdakwah akan terus kekal berdakwah, atau telah disibukkan dengan kerjaya, keluarga dan harta?

20 tahun dari sekarang, adakah yang tidak bertudung akhirnya menjadi pendakwah?

20 tahun dari sekarang, adakah anak anak ikan (orang la kan, takkan ikan nak gi berdakwah) akan tunduk pada arus lautan dosa dan meninggalkan apa yang diperjuangkan selama ini?

Jika tidak mampu memutuskan apa yang ingin dikecapi pada 20 tahun akan datang pada saat ini, maka bila lagi?

Pada umur 20 an, jika masih belum memilih jalan mana yang ingin diikuti...bila lagi mahu mula bekerja untuk umat? 30? 40? 50?

Pada umur 40 tahun, mungkinkah monolog ini berlaku?

"Kenapalah aku tak stick je dengan apa yang aku buat dulu? kan dah susah nak pusing balik..."
"Kenapalah aku just ikut je orang yang tak berminat pun tentang erti sebenar penciptaan kehidupan? Kenapa aku berpaling?"
"Kenapalah aku berhenti berfikir tentang umat semasa aku masih muda?"
"Kenapalah aku jadi manusia yang lupa tentang Syahadatul Haq padahal aku dah diberitahu tentang ni dulu..."
"Kenapalah aku kawen dengan mamat nih?"

Ok...yang last tu macam pelik. Tapi itu pun boleh jadi sebahagian dari hakikat. sebab ia mungkin diikuti...

"Sekarang dah tak boleh nak join usrah dan bergerak sebab dia tak faham dan dia tak izin..haih..anak anak aku macam mana pulak ye?"

Mungkin Imah terlalu berfikir tentang 20 tahun akan datang. Tapi Imah mendapati sukar untuk membayangkan diri Imah merasa jealous kepada akhawat yang sangat aktif bergerak, yang otaknya berfikir tentang ummat 24/7. Yang merasa indahnya memusatkan hidup mengharap redha Allah semata mata.Imah takut monolog di atas menjadi monolog peribadi Imah...

Kadang kadang orang melihat kita bercakap tentang umat. Berpidato tentang cara menyelamatkan ummat. Gebum sana. Gebam sini. Tapi akhirnya kita jadi lupa. Lupa tentang Allah. Lupa menghargai kasih sayang, cinta Allah. Lupa memikirkan asma' Allah, yang menceritakan sifatNya yang Maha Sempurna, sesuai dengan sifat Maha Suci dan Maha Tinggi Nya.

Lupa untuk mencari nikmat dalam kekhusyukan solat. Lupa betapa bestnya merasakan Allah ada bersama. Lupa betapa tenangnya hati apabila dengan yakin, mampu berdoa supaya lulus ujian memandu tanpa berfikir samada Allah akan memakbulkan doa pendosa seperti kita dek kerana dosa yang sama diulang setiap hari. Lupa tentang jenaka Rasulullah S.A.W. Lupa tentang makanan kegemaran ibu dan ayah. Lupa tentang riadhah dan cinta kepada alam.

Ya. Kita jadi lupa.

Kadangkala bukan terlupa, tetapi sengaja melupakan. Mungkin bukan kita. Mungkin Imah sahaja.

Mungkin Imah sahaja.
Selamat berpuasa bagi yang berpuasa esok!

Wassalam.


Saturday, March 19, 2011

Do you want to know?

Assalamua'laikum.

These things have got to stop. But then, it's hard. I know I am not supposed to do this, but I do hope a few things will finally change and...hopefully I will stop this.

I miss ppl.

Tuesday, March 8, 2011

Permata Yang Hilang

Assalamua'laikum wbt.

Aku punyai harapan. Aku punyai sebuah gambaran tentang seseorang, atau mungkin beberapa orang. Tentang siapa mereka suatu hari nanti. Tentang siapa mereka apabila tibanya hari ini..

Ternyata telahanku silap. Jauh panggang dari api. Lain. Bagai langit dengan bumi. Baru beberapa tahun berpisah, kau telah kehilangan dirimu sepertimana aku pernah kehilangan aku.

Tanpa kusedari, ada berpuluh puluh permata yang pudar. Dan ia semakin menghaus dikikis oleh ombak laut yang kadang kadang datang menyapa lembut, kadang kadang pula menghenyak dari pelbagai arah. Dan akhirnya jadilah kalian permata yang hilang.

Di mana silapnya? Aku tahu sendiri..

Wassalam

Tuesday, March 1, 2011

Can you fall in love with the same ............again?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'laikum wbt.

My first post ever since KL touchdown. Any updates? Too much. Too personal?

So kita patut berhenti merepekkan? *angguk2*

Rediscovering Terengganu.

What is so bad about Terengganu that I just need to find Sarawak as my escapade? It's everything that reminds me of my past. So yeah, you can say that the bad thing about Terengganu is me who has spent the last 20-ish years here. Doesn't matter now.

What makes me love Terengganu?
The people. The food. The smiles. The clothes. It's nice seeing a proper covered muslimah walking around here (However the sight of some of them is just an eyesore. I know, I haven't done enough to change that either).I am proud to see many girls who happened to be taking their driving lessons with me wearing a really large, covering veil. My owh my, I adore them.

The people in Terengganu are more down to earth than I could ever remember. Making me realize why I couldn't really cope living in the same room with one arrogant, snobbish, showing off person. The years in INTEC was somewhat a torture. The pressure. The new environment. Being different. But it's all over now. I don't ever want to go back living that life. I have more dreadful moments than sweet memories when I was there. Having said that, I am grateful for being given the chance to ever finish my A Level there with a ....well.....not-so flying colours.

Here, things are less complicated. I still hate myself for not being able to as comfortable as I can, be myself. But hey, I am good. If only I could drive, I would have driven myself near the beach and indulge into my all time favourite, an ABC (you know what that is). I miss my personal time in Hudson's Cafe with just the Chocolate Crunch as my company. I missed being on a bus in Adelaide with different people, just thinking about getting home and leave the pressure at workplace or uni (maybe not everyone). I miss cycling to uni, to the nearest Coles. I miss looking out of the window, thinking....God knows what. And of course, the people in Adelaide. Miss them so much.. (Wait, I am supposed to write about how awesome Terengganu is, not reminiscing my personal moments in Adelaide. I guess I failed)

But hey, I love the Pasar Malam here. Food are delicious, cheap and fancy (in my view, at least). And so are the drinks. ABC, lai chi kang, asam boi, tau fu fa, longan...and did I mention ABC? LOL. Hurmmm...not sure why, but I was more confident being in Adelaide than being here. Not that I love Adelaide more, I just couldn't figure out who I am here.

Anyways..when things turn sore, there is always Adni. My owh my...she can put smiles on everyone's faces. She tuns a rather quite and serious father/grandpa into someone who talks more and make weird sounds. Turns a tired mum/granny to a kindie singer. Turns a bully into a protector. Turns a rather self-centered person to a loving, cheerful aunt. And her other quite, ego aunt to a....err...another kindie singer? LOL. She turns a spoiled uncle into a performer. I miss her already. Her cute clothes. And the way she giggles drives everyone nuts. I love her. I lover her. Owh...I LOVE her... :)

My feeling before I write this post was totally the opposite of how my writing may have sound. But rather than focusing on what brought me down, I decided to write down what makes me feel happy, listing things down and simply count the blessings. Alhamdulillah.

And the words that suppose to fill the blank in this post's tittle are actually.. place,people,food,sceneries...and the list just won't stop.

Thank you, Allah. For every little and big presents that You give me everyday :)