Assalamua'laikum wbt.
Alhamdulillah.
Begitu hakikat firman Tuhan.
Benarlah firman Tuhan,
bahawa kekayaan tidak bisa membawa kebahagiaan
bahawa andai kita bersyukur, Allah akan tambah rezeki dalam keberkatan,
bahawa dengan mengingatiNya, hati pasti diisi ketenangan,
bahawa dengan menggalas tanggungjawab yang diberikan, segala urusan makin dipermudahkan..
Alhamdulillah atas kurniaan Allah.
Begitu hakikat rezeki zuriat
Melalui zuriat yang menjadi asbab,
Suamiku kini bergelar usahawan,
Kami akhirnya memiliki rumah dalam taman perumahan,
Kini aku berkereta tanpa berhutang,
Banyak urusan Allah mudahkan.
Semoga Tuhan tidakku lupakan.
Begitu hakikat hikmah musibah
Kini aku sudah berubah,
Sanggup dan reti mengambil amanah,
Hatiku lebih tenang walau aku susah,
Mengurus anak, suami dan rumah,
Jiwaku tenang dalam musibah,
Moga tiada keluh dan kesah,
Aku kini gemar berdampar di hamparan sejadah,
Malam ingin ku isi dengan khalwah,
Antara aku dan Kekasih ku yang takkan musnah,
Pabila susah tiada ku mendesah,
Kerana Allah ada untuk menyelesaikan masalah.
Aku benar benar tidak bimbang kini,
Walau ada kekurangan pada sudut duniawi,
Allah ada, sedia mendengari,
Allah ada pemberi rezeki,
kasih sayangNya tidak pernah berhenti,
Aku hanya perlu duduk dan mengingati,
Memanjatkan doa penuh erti,
Allah pasti mustajabkan doa hambaNya ini,
Lebih dari segalanya ku yakini kini,
Allah sahaja yang boleh memberi.
Begitu hakikat nikmat seorang teman
Terima kasih wahai teman,
Melaluimu aku belajar mencintai kehidupan,
Kehidupan yang tenang walau kepenatan,
Semoga kepenatan itu dikira sebagai amalan,
Menjadi bunga yang menyenangkan Tuhan,
Bagimu teman aku doakan,
Semoga bahagiamu berkekalan,
Sehingga ke syurga yang dijanjikan Tuhan,
Sepertimana yang selalu kau sebutkan.
Kalaulah bukan kerana cinta..
Mungkin kini aku disiksa,
Terus terusan diulit dosa,
Tidak mengenal erti tenang dan bahagia,
Tiada keberkatan walau mengaku beragama,
Syukur kerana kasih dan cinta,
Yang masih tersisa dengan rahmat yang Maha Esa,
Aku kini dapat merasa
Hakikat tenang dan juga bahagia..
Alhamdulillah a'la kulli hal.
"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?"
Ampunilah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku melayari bahtera kehidupan sebagai hambuMu yang beriman.
Bukannya menjadi hambaMu yang malang dirundum kerugian,
Pada hari pembalasan yang Engkau janjikan.
Astaghfirullahal a'zim. Amin.
Bantulah aku dan suamiku mendidik zuriat kami dengan cara dan terhasil seperti yang Kau redhai. Amin ya rabbal a'lamin..
Gambar : Alhamdulillah. Savvy yang sudah rasmi dimiliki (suami menjadikan aku penama kereta Savvy ini. Palinmg best, tiada hutang, tiada riba :) ) hadiah daripada suamiku yang bermurah hati. Senang nak menghantar baby yang due pada Januari 2015 nanti, i.Allah..amboi abang, banyak la pahala abang. Dapat la anak-anak dan isteri abnag buat kerja seharian dan berjalan, hasil daripada hadiah daripada abang. Semoga Hafiz dan adik Hafiz dapat manfaat daripada hadiah ayah mereka ini. Alhamdulillah a'la kulli hal :)
No comments:
Post a Comment