Wednesday, February 20, 2013

Kau Suamiku yang Kumuliakan

Assalamua'laikum wbt....


First post ever since....

1) Re posted at Hospital Setiu
2) Now re posted again to Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
3) And of course, getting married..

As always, tittle dalam bahasa Melayu. End up writing in jumbled up Malay English.

               " Semoga masuk syurga". Ucap suamiku sambil mengusap ubun ubunku pada awal perkahwinanku. Aku hampir menangis mendengarnya. Dalam hati, aku ingin mengaminkan doa suamiku yang tercinta. Pada masa yang sama, aku bertanya layakkah aku?

                "Isteri yang (akan) masuk syurga"...ujar suamiku  sebelum tersenyum dan pergi ke masjid terdekat menaiki motornya. Aku tersenyum pahit. Aku tahu aku tidak layak. Namun aku benar benar berharap semoga Allah menjadikan kata katanya suatu kenyataan di akhirat nanti.

               Dan sudah beberapa kali beliau menyebut nyebut akan hal ini. Dan setiap kali, aku bertanya kepada diri, layakkah aku?
                 
            Aku bukanlah isteri terbaik, aku tahu. Aku bukan sempurna. Tetapi dia redha menerima kelemahanku. Kami masih sama sama belajar.....tentang satu sama lain. Tetapi lebih mengejutkan algi, aku belajar tentang diriku daripadanya..betapa kurangnya sabar dalam hatiku berbanding dirinya. Betapa angkuhnya aku memandang orang lain menyusahkan aku tanpa memandang kesusahan mereka. Tidak kusangka, akhirnya mazmumah menghiasi diri. Dan sehingga kini, aku masih belajar lagi.

              Suamiku bukanlah seorang yang berjawatan tinggi. Beliau bukanlah seorang yang digolongkan sebagai ahli professional. Beliau bukan guru. Beliau bukan ustaz. Beliau bukanlah seorang bergaji besar. Tetapi setiap bulan masih mampu memberi nafkah kepadaku walau hakikatnya aku tidak memerlukan nafkah darinya.Tetapi aku selalu mengingatkan diri, walau sebesar mana gaji seorang isteri, pahalanya bekerja tidak akan menyamai besarnya pahala seorang suami bekerja. Walau setinggi mana jawatan isteri, seorang isteri langsung tidak layak memandang rendah dan mengingkari perintah suaminya. Aku sedar itu. Aku masih sedar, alhamdulillah..

            Sepanjang tempoh perkahwinan kami, kata maaf lebih banyak yang datang darinya berbanding aku, isterinya. Aku tahu, Allah telah mengurniakan lelaki yang sangat bernilai dalam kehidupanku. Dan aku tahu, syaitan sentiasa mencari peluang merosakkan medan amal ini. Semoga Allah bantu kami.

          Wahai suamiku, engkau suami yang aku muliakan. Perjalanan ini masih jauh. Moga Allah bantu kita. Kau yang kusanjungi, kucintai. Bantulah aku mencapai redha Tuhan sekelian alam.


Wassalam.
        

           

1 comment: