Thursday, August 4, 2011

Jadual!

Assalamua'laikum wbt..

Jadual on call keluar lagi.Seperti biasa, jadual on call untuk sebulan hanya akan keluar pada hujung bulan sebelumnya. Bulan Ogos: 6 oncall semuanya. Dah 115 jam (lebih kurang) Imah buat overtime. Kalau la boleh claim...huhu. Kebanyakannya disumbang oleh oncall TDM dan night shift weekend. As always, selalu tak dapat cuti sebab orang lain sibuk mintak cuti dulu. Dan as expected, waktu bulan puasa macam ni, bos pun naik pening sebab semua staff mintak cuti..ataw teringin mintak cuti tapi taw takkan dapat sebab orang lain da sibuk mintak cuti awal awal lagi...(kes Imah.haih). Time time macam ni, rakan rakan non Muslim memang jadi mangsa, cuti mereka dibekukan. Sorry guys!Imah pulak, kena kerja pada raya ke 3. Heh. Takpe, bawak kuih raya sebalang dan gantung sarung ketupat merata rata. (Erk..mungkin tidak)

Alhamdulillah a'la kulli hal. Walhamdulillah.

Malam tadi, malam cinta. Allah kurniakan sesuatu yang Imah sangkakan Imah dah kehilangannya. Allah memang sweet. Sweet amat amat!

Alam baru, banyak benda kena belajar. Ilmu dunia,soft skills, interpersonal skills..macam macam la. Ilmu yang lebih hebat, adalah ilmu menangani stress apabila pelbagai masalah timbul serentak dan seolah olah tanpa henti. Banyak benda yang berlaku, terlalu banyak, tak mampu dicoret satu persatu.Tapi Allah tahu.Allah tahu...

At the end of the day, ada Allah yang maha segala. Walau dalam kesibukan kerja yang menipu, dalam menghadapi ragam manusia yang beribu, dalam cuba menjauhkan diri dari sifat sifat keji..Allah tahu. Dan malam tadi, baru tersedar. Semua itu adalah ujian. (Tapi macam fail je..) Takpe2..they say that things needs to get worse before it gets better. Semoga ujian hari hari esok dapat dihadapi degan cemerlang! (Semangat!Semangat!Kamon!Kamon! ok. macam terlebih semangat la pulak.)

Apapun, hari ni hari Jumaat.Di Terengganu, hari ni cuti. Dah terlalu lama rasanya Imah tak berada di rumah pada hari Jumaat. TDM menuntut Imah 'bercuti' di hospital. Owh well, da berakhir pun.Alhamdulillah.

Oh, terjumpa Dr Nik. Ukhti yang bekerja di HSNZ juga. Tak sangka rumah kami tak jauh pun. Pelawaan ke rumahnya dibuat. Tapi ntah bila bakal dipenuhi. (Kite jumpa kat hospital jelah, doc.Kat A&E pon jadi.hihi)

Rindu Adelaide dan orang orang di sana. Rindu Khalil Mosque. Rindu untuk qiam dan sahur ala kadar dengan rakan serumah. Rindu berjemaah. Takpe2. Berjumpa dan berpisah kerana Allah. Nanti jumpa lagi, i.Allah.

Petang ini masih perlu ke HSNZ. Untuk compile write up research kami yang banyak kena tambah, sana sini. Esok pulak PM shift kat satelite 7. Pukul 3ptg-10 mlm. Heh,menambahkan jam on call dalam buku kuning.

Pesan kepada diri: Ikhlaskan hati, bekerja demi Ilahi. Sebab kita tak tahu amal mana yang Allah akan terima..sobs. Akaun akhirat: kosong? Negative? Nauzubillah....

Jadual. Kena susun jadual betul2. Mana nak fit kan usrah. Mana nak fitkan daurah. Mana nak fitkan semua. Takpe2. Semoga Allah permudahkan urusan urusan kita. At this point of time, kena ingatkan diri, kita yang perlu sesuaikan diri dengan dakwah, bukan dakwah yang sesuaikan diri dengan kita. Susah. Sekarang baru terasa. Sangat sangat terasa...Allah...Takpe2. Ia adalah sebahagian dari perjuangan. (ps: dakwah bukan tentang usrah dan daurah semata mata. ramai lagi mad'u kat HSNZ. Dush!)

P/s: Buat NFR, saya rindu awak.Rindu awak sangat sangat. Semoga berjumpa lagi.

Wassalam

1 comment: