Wednesday, January 26, 2011

Pening. Tapi penting.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt.

Untuk mula tersedar, bergerak dan mula memikirkan permasalahan umat sahaja, memerlukan masa, tenaga dan sumber(duit) yang sepertinya tiada kesudahan. Tetapi apabila dah mula berfikir tentang umat, rasanya seperti memikirkan suatu permasalahan tanpa batasan. Tanpa ada penyelesaian dalam masa sebulan. Sesuatu yang takkan selesai walau diri ini dijemput ajal dahulu. Bahkan ia kelihatan tidak akan selesai walau 5 generasi berlalu. Tapi kuasa Allah, siapa berani menidakkan?

Berfikir tentang umat di Palestin, Iraq, Iran dan lain lain tempat di seluruh dunia. Rasa marah, sedih. Tapi lebih menyedihkan hati sendiri apabila terdengar berita tentang tanah Palestin yg diberikan tanpa persetujuan rakyat Palestin sendiri sewenang wenangnya..di kaca TV negara bukan negara Islam. Dan mendapati diri sendiri sedang menghirup kenikmatan dan kesenangan di NewCastle. Itulah. Itulah dia. Terasa. Di manakah Imah berbanding mereka?

Takut. Bimbang. Kenapa? Imah diberikan nikmat sebegitu rupa, sedangkan mereka merana? Adakah Allah tidak menyayangi Imah? Seriously. Berfikir sedalamnya. Mereka ada pencalonan syahidin. Imah calon....SPA? Adeh.

Nikmat yang banyak ini adalah suatu yang Imah bimbangkan. Akan diperhitungkan di akhirat kelak. Maka perlu kita membuat priority. Berjuang mengikut lokaliti. Berjuang menyelamatkan mana yang termampu. Kalau berkorban, pastikan impaknya besar dan tidak sia sia. Itu kata Imah kepada diri sendiri.

Merasa bimbang. Tapi perasaan tinggal perasaan kalau tidak diikuti dengan amal. Amal apa yang terbaik? Itu haruslah mengikut situasi dan kemampuan serta kelebihan diri. Beramal di dalam bidang di mana potensi diri dikurnia Ilahi, supaya amal yang sedikit impaknya besar. Maka boleh menggunakan tenaga yang tersisa untuk beramal di bidang lain pula.

Dipetik dari kata kata seorang rakan (lebih kurang begini bunyinya, tapi Imah tokok tambah sedikit), "Jangan bermimpi menjadi isteri yang solehah kalau tidak pernah berusaha untuk menjadi anak yang solehah". Fiqh al awlawiyat. Juga membincangkan tentang membuat keputusan dan sekaligus menentukan bidang amal mana yang perlu didahulukan.

Jalan ini masih panjang untuk sampai ke kemenangan. Sebelum tercapai masanya, Imah yakin nyawa ini akan dicabut dulu. Namun Allah yang Maha Pemurah tidak bertanya tentang hasil, bahkan bertanya tentang amal dan usaha. Di manakah Imah sekarang ini?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang membenarkan Imah berada di bumi Australia ini bagi sebulan terakhir untuk berfikir jauh. Tarbiyah yang bukan datang dari usrah. Yang bukan datang dari buku buku semata mata. Tarbiyah yang tidak datang dari akhawat sahaja. Tarbiyah yang menuntut Imah berhujah dengan seorang lelaki yang belajar tentang Islam, tetapi mungkin belum mendapat hidayah. Sedarlah, hidayah milik Allah semata mata. Dan sedarlah ceteknya ilmu di dada..dan lain lain bentuk tarbiyah yang mendatang.Sebulan di Adelaide apabila telah keluar dari comfort zone, menuntut Imah berfikir secara matang dan rasional, menolak prejudgemental dan low self esteem yang sudah lama menapak dalam diri. Menolak tabarruj yang mengundang fitnah. Menolak masa silam yang memuja jahiliah. Mujahadah menolak perasaan dan mendahulukan umat. Teguran yang datang atas kesalahan diri sendiri. Pencerahan tentang hebatnya godaan syaitan apabila bergabung dengan nafsu sendiri. Masih jauh, masih sangat jauh. Walau masih belum sempurna dan masih terlalu banyak lagi kecacatan, sekurang kurangnya ia makin baik. InsyaAllah.

Sebulan di Adelaide yang melihat iman berada di tahap yang teramat rendah namun dengan izinNya dapat diperbaiki sedikit demi sedikit. Sehingga di tahap terasa kesegaran iman dengan setiap nafas yang dihirup. Oh Tuhan, nikmatMu yang tidak kau renggut walau aku tidak bersyukur dan tidak pula bersabar.

Di saat ini. Waktu ini, tidak seperti hari itu, Imah tahu ke mana arah yang Imah akan tuju. Sebelum cuba menyelamatkan orang lain, harus cuba menyelamatkan diri sendiri dahulu. Supaya nanti boleh menyelamatkan lebih ramai orang. Sebelum cuba menarik orang lain, harus memperbaiki ke'Muslim'an diri sendiri dahulu.

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)” [At-Tahrim 66 : 6]

Yang disebut adalah diri dahulu, barulah ahli keluarga. Jelas.

Sebelum cuba menarik bangsa lain (yang majoritinya bukan Islam) ke dalam Islam, harus memperbaiki bangsa yang majoritinya Islam dahulu...... Negara kita dibina atas dasar politik yang sekular sehingga kita terpaksa berjuang dengan cara yang boleh membuat orang memandang kita dengan pandangan serong. Namun ia tidak menyalahi ajaran Islam sendiri. Cuba berjuang dengan cara yang paling berhikmah dan paling dekat untuk sampai ke sana tanpa menyalahi ajaran Islam sendiri. Demi memastikan survival umat dan mempertahankan tanah air dari dibaham musuh musuh Islam yang menggunakan politik untuk memusnahkan dan melenyapkan umat Islam dari negara mereka sendiri. Mereka yang memandang serong tidak salah sepenuhnya kerana mereka mungkin tidak tahu secara jelas ke mana landasan ini menuju. Imah tahu, kerana Imah pernah menjadi sebahagian dari mereka. Bekerjalah dahulu untuk agama ini, sebelum bersedia untuk sekadar mengkritik. Jika mereka tidak setuju, teruskan dengan cara mereka dan biarkan kami bekerja untuk kebaikan mereka juga, dan agama kita ini insyaAllah, sebagaimana mereka juga bekerja dengan tujuan yang sama.

Permasalahan umat yang menuntut seluruh tenaga, masa, wang pemikiran untuk dikorbankan. Bagi yang mengkritik, kritikan mereka harus dipandang positif. Bagi yang mengkritik dan memutuskan untuk bekerja dengan cara lain, tiada siapa harus menghalang. Bagi yang mengkritik dan bekerja sebagaimana kami bekerja, terima kasih..

Hakikatnya, jalan ini penuh penapisan. Bagi yang berjaya berada di dalam golongan yang sedikit, mabruk bagi kalian. Imah baru berada di peringkat 'mahu masuk baldi untuk ditapis'. Mungkin akan tertapis, mungkin akan ditapis. Di mana anda?

Alhamdulillah, atas nikmat untuk berada di luar negara. Dan memberi keizinan untuk Imah melihat negara sendiri dan menilai di luar kotak pemikiran sempit kepartian yang mencengkam umat Islam di Malaysia. Jangan terlalu berlembut apabila berkaitan dengan perkara dasar. Sesungguhnya, orang orang kafir ada yang berniat jahat, cuba berlunak dengan kita, supaya kita berlunak dengannya atas perkara perkara yang tidak sepatutnya. Dalam AlQuran ada disebutkan tentang ini.

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka..” (Al-Maidah:49)

Dan lagi,

“Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)”. (Al-Qalam:9)


Apapun yang kita lakukan, tariklah nafas sedalamnya untuk berfikir sejenak. Niatkan kerana Allah semata mata dan teruskan memohon agar kita tidak tersalah dari landasan. Imah mengharapkan agar sebelum sampai ke saat kematian, jangan Imah tertitpu dengan semangat dan perasaan yang tidak benar. Semoga tetap di landasan perjuangan yang sebenar benarnya. Cliche' tetapi benar.

Astaghfirullah atas sebarang kesalahan dan kesalahan. Memang sukar bernafas dalam jiwa hamba, tetapi kepermurahan yang Maha Pemurah dan Pengampun mengatasi segala. Hakikatnya, kita akan mati. Apa bekal yang sudah kita bungkus? Dalam amal yang sedikit, bimbang ada kotoran riak pula. Jauhkan kami dari riak, wahai Tuhan.

Dan penulisan ini akan lebih menyentuh penulisnya sebelum ia mampu menyentuh orang lain, insyaAllah. Amiin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment