Friday, October 22, 2010

Siapa tak suka kalau dapat hadiah? ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt..

...cerita 12 tahun yang lepas..(?????..sudah tua..tapi masih muda.heh)

Pada suatu petang, berhadapan pintu pagar sekolah...

Habis bermain bola jaring kat sekolah, kawan kawan Imah tiba tiba secara berjemaah berkeputusan untuk pergi ke satu tempat yang dirahsiakan dari Imah. Bile ditanya, diorang tak jawab. Dan hanya Imah je yang tak diajak. Sedih. Rasa terpinggir. Rasa macam tetibe je diorang boikot Imah. Alah, masa kecik2 dulu kan selalu je...takut orang taknak kawan dengan kita.cuak sebentar bersama Kit Kat walau pon time tu xtaw la dah kenal ke belum Kit Kat nih (ok,merapu). Imah jadi penasaran, kenapa tadi macam main dengan happy je..tetibe diorang taknak kawan dengan Imah? Adakah sebab Imah dah buat silap tadi? Imah akui, Imah memang tak pandai main bola jaring. (sebenarnya sebarang game pon Imah tak reti.) Adakah...? Sedih sangat.. tapi time tu Imah bersangka baik, walaupon rasanya Imah still belum belajar bab bersangka baik dalam tajuk akhlak dalam kelas agama dulu2. (Come to think about it..ada ke?)

Anyway, Imah bersangka baik la...walau pon ditinggalkan sorang2. Dan tanpa seorang pun yang stay dengan Imah.Semua duk pergi mana ntah..Imah betaw diri sendiri.. "It's okay.Maybe diorang ada hal..diorang balik rumah,jalan kaki ramai2 ke.." (lebih kurang macam tu la bunyi nya..dengan harapan dapat menyedapkan hati yang tengah sedih).

Lama gak diorang pergi. Mungkin dah balik kut, rumah diorang ada yang dekat je dengan sekolah....Tak lama kemudian, nampak la diorang. Happy sangat. Nak borak2, senyum2, gelak2 dengan diorang lagi...tapi tahu tak apa sebenarnya yang berlaku?

Diorang berpakat ramai2 kongsi duit belikan kek birthday untuk Imah! Terharuuuuu..apatah lagi mengenangkan time tu kami masih kanak2 riang. Imah sendiri pun tak teringat tentang birthday Imah time tu...Huhu...sangat happy!

Time tu Imah kata kat diri sendiri..."Ini adalah hadiah dari Allah sebab aku bersangka baik tadi.."

Huhu. Masa tu tak tahu lagi erti tarbiyah, tapi rupanya Imah dah pon ditarbiyah. Tarbiyah untuk bersangka baik...Sekarang Imah kena amik pengajaran dari sekolah rendah, sila bersangka baik terhadap orang2 di sekeliling anda, termasuk yang tak berada di sekeliling..yang Imah boleh 'nampak' dan 'jumpa' di Facebook...(Hadoi..)

Bersangka baik ni susah, tapi ia mendatangkan ketenangan dalam hati kita..Harapnya Imah terus istiqamah dalam bersangka baik! ^_^

P/s: Agaknya apa hadiah Allah akan bagi if Imah terus bersangka baik macam dulu2 kan? Kek lagi besar? Huhuhuhuhu....Suke!

Wassalam..

1 comment:

  1. wow!
    terharu baca kisah harijadi imah ni.
    mmg btol.
    kdg2 kte suka bersangka buruk,padahal ape yg org bt tu kdg2 juga betul.

    ReplyDelete