Sesungguhnya orang orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besarAl-Mulk ayat 12
It is self self-explanatory isn't it?
Peringatan buat diri sendiri. Terkedu bila membaca terjemahan ayat ini. Sebab rasa nak muntah bila teringat keburukan dan jahiliah dalam diri. Specially bila duduk dalam bilik sorang diri. Apa dibuat, bukan orang tahu. Ntah dihias pahala, atau bersulam dosa. Susah sungguh nak lawan nafsu. Then, teringat lagi...
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu (40) Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya (41)
AnNaziat ayat 40-41
Hawa nafsu yang dikekang.Dilawan.Ditundukkan. Maka Syurgalah balasannya.
Susah.Tapi tak siapa kata syurga itu mudah. Haih.
Sekadar memperingatkan diri sendiri. Mari tundukkan nafsu.
" Kejahilan amat mudah dirawati. Tetapi mengikut hawa nafsu selepas berilmu adalah bencana jiwa yang rawatannya perlu kepada jihad yang payah dan lama"
m/s 169.
Pendek kata, tahu tapi tak buat. Contoh : Tahu membuang masa dengan menonton rancangan yang tak berfaedah itu salah dan merugikan tapi susah benar nak berhenti. Owh jiwa. Susah kan? Ya. Dan jihad itu PAYAH dan LAMA.. Padanlah balasannya syurga (jika Allah berkenan). Samalah juga,dah ada 2 ayat (ada banyak lagi sebenarnya) yang bercakap tentang hawa nafsu, still tak mampu lawan sebab rendahnya iman dan taqwa dalam jiwa. (mintak jauh)
Motivasi diri di kala seorang diri.
P/s : Kalau malas, tu memang kompem lah nafsu kan? Hurmmmmmmm... (seerah x abis baca lagiiii...)
Ok, bila bersendiri jom tunjuk kat Allah (yg sememangnya Maha Tahu) bahawa kita mengekang nafsu demi taqwa kepadaNya!
No comments:
Post a Comment