Friday, October 21, 2011

Highway. Low way?

Assalamua'laikum wbt..

Jalan

Hidup ini satu perjalanan. Seingat Imah, orang yang pertama (menyampaikan secara berkesan) dalam menganalogikankan hidup ini kepada sebuah perjalanan adalah Dr. Zaki. Teringat ingat tentang analoginya tentang jalan ke KL dan jalan ke Kelantan. Juga teringat ingat akan kata katanya tentang perbezaan 'jalan mereka' dan 'jalan kita'. Dan Al-Quran lah petanya. Hurm.

Cara berjalan

Teringat lagi akan kata kata Doktor Nadia yg lebih senang dipanggil Kak Nadia. Islam dan jahiliah adalah 2 jalan yang tak mungkin selari. Diandaikan jika kita meletakkan sebelah kaki di jalan 'Islam' dan sebelah lagi di jalan jahiliah, maka kita akan jalan terkengkang kengkang. Which is bukan sahaja memenatkan, malah pelik..cacat..
Setuju. Sangat setuju. Mula letih...apa tandanya?

Bateri

Iman ini pula ibarat enjin kereta.Dan mungkin perlu diperlakukan seperti bateri kereta. Jika tidak direcharge, mungkinkah akan boleh di'start' enjinnya? Jika tidak berjalan. bagaimana nak recharge baterinya? Mungkin perlu lebih kerap 'berjalan' dan 'bergerak'. Bukan sekadar gerak jari jemari. Heh.

Pemandu pemandu lain

Allah Maha Penyayang,kan? T_T
Jika tidak tahu jalan, Allah akan hantar pertolongan melalui pelbagai cara untuk membantu kita. Mungkin melalui pemandu pemandu lain yang ditakdirkan memandu ke destinasi yang sama dengan kita. Atau melalui pemandu yang ter'accident' dengan kita agar kita tahu jalan itu salah. "No U turn kat sini!"

Jalan jammed

Ada masa jalan jammed, kita panggil peak hour,heavy traffic. Tapi itu pun ada masa masa tertentu aje. Lepas tu, da lengang sikit. Hati pun da senang,alhamdulillah. So if alami kesusahan, kesedihan, kedukaan. kekecewaan...bersabar jelah. Telan je, hadap je. Seperti 7 bulan yang lepas, ia telah berlalu. Seperti 4 tahun yang lepas, major and scary exams telah berlalu. Seperti kesakitan kesakitan yang lepas, ia juga telah berlalu. Just bertahan dan bersabar, insya Allah ia akan berlalu..

Tetiba terfikir, bolehkah saudara saudara kita di Palestin berkata begitu? Imah yakin boleh, sebab yang setelah kehidupan di dunia yang memeritkan berlalu...insya Allah syurga menanti... Tetapi untuk berkata begitu setiap hari di dunia ini, ternyata memerlukan iman seteguh Uhud. Setimpal dengan balasan nikmatnya.. Diri sendiri?

Tapi bagi diri sendiri, jika neraka tempatnya, mampukah kita bersabar dan dengan yakinnya berkata..."sabarlah, ini juga akan berlalu.."? Nauzubillahiminzalik.

Kelakar

Things are meant to hurt us will hurt us no matter how much we tried to avoid it.Sebab itu takdirnya. Macam exam, result dah ada sebelum kita start study pun. Kita cuma study sebab bila kita study, i.Allah dapat pahala, dan sebab berusaha dengan cara study adalah sunnatullah untuk berjaya di dalam exam. Padahal, kalau tak study pun, excel jugak kalau Allah da tetapkan akan excel. So macam tu lah.. Hadap je dengan redha ketentuan Allah. Kelakar sebab paragraph ni takda kaitan dengan perenggan2 sebelumnya. Fail. Gagal. Bukan file.

Kelakar (2)

Masa mula mula sampai Terengganu, tempat yang paling ingin dielakkan adalah Kemaman. Tapi sekarang....ada plan nak apply posting kat Kemaman. Dan semestinya aturan Allah paling cool. So, let's go with the flow. wo wo wo.. ok, takda langsung kaitan dengan highway.

Kesian.

Eh, sekian. Wassalam.