Assalamua'laikum wbt.
Look forward for the things that inspire and motivate you.
Don't stare at the things that bring you down for far too long.
Just a note to myself.
P/s: A teacher. I dream to be one, i.Allah :)
Wassalam
Sunday, April 24, 2011
Monday, April 18, 2011
Masa hamba.
Assalamua'laikum wbt..
Apabila kerja mula mencuri masa dalam kehidupan seorang hamba.
Adaptation. Re prioritization. Time management. Dzatiyyah yang superb. Ukhuwwah. Memperbetulkan niat. Melawan nafsu yang tak pernah mati.
Baru bermula.Bermula dari bawah. Sedang cuba adapt dengan dunia baru yang menuntut mujahadah berterusan. Demi memastikan nafas ini cukup panjang. Menyusun semula kehidupan. Cuba fokus pada matlamat. Cuba mensebatikan dunia dengan akhirat. Cuba menyusun langkah.
Owh Tuhan, ampunilah kekurangan hambaMu.Kekurangan yang tidak bertepi.
P/s: Rindu.
Wassalam.

Saturday, April 2, 2011
Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan saya berblog.
Assalamua'laikum wbt..
Revisiting the past.
Imah mengambil sedikit masa untuk membaca semula post post terdahulu. Ada di antaranya yang tergantung, yang mungkin difahami Imah hanya pada waktu itu, ada yang membuat Imah tersenyum semula dengan kisah kisah semalam, ada yang Imah tak mampu pun nak baca semula..atas sebab sebab tertentu. Tapi, yang paling penting, sesuai dengan nama blog ini, ia membawa manfaat,i.Allah..bukan (hanya) kepada pembaca di luar sana, tetapi kepada penulis sendiri,NurFaS.
Subhanallah.
Ada di antara post post tersebut semakin memberi keyakinan kepada Imah untuk terus berusaha, sebagaimana Imah pernah berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah.(ok,ijazah saya tak bergulung, tak seperti ijazah graduan University of Melbourne yang memang bergulung). It helps me to just carry myself forward, respect myself a little bit more and have the confidence that I used to have. Ia menaikkan semangat dan keazaman untuk terus berusaha. Dan pada masa yang sama, mengharap agar ia diterima sebagai ibadah di sisiNya.Amiin.
Ada di antara post post sebelum ini yang mengingatkan Imah kenapa Imah akhirnya memutuskan untuk menulis dan berkongsi. Bukan mencari perhatian, bukan mencari pendengar, bukan sekadar meluahkan, tetapi berkongsi. Dan mengharapkan ia akan memberi manfaat kepada orang lain dengan harapan yang lebih besar iaitu, usaha itu dibuat seikhlasnya demi mendapat keredhaan Allah semata mata. Astaghfirullah, terasa kebelakangan ni menyeleweng pula niat..astaghfirullah. Walhamdulillah a'la kulli hal.
Dalam menyoroti hari demi sehari, memerhatikan gelagat manusia di sekeliling, cuba untuk tidak menghakimi, tetapi cuba untuk mencari jalan memperbaiki. Susah, memang susah. Hatta diri sendiri pun masih banyak kekurangnnya apatah lagi berfikir memperbaiki manusia lain, tetapi itulah hakikatnya. Amar ma'ruf,nahi mungkar. Susah. Tapi itu pesanan Rasul s.a.w dan perintah Allah s.w.t. Bertambah susah apabila diheret sama dalam kesalahan itu. Contoh yang paling mudah, mengumpat. Walau tidak mahu mengumpat, akhirnya terpaksa mendengar umpatan itu. Belum tahu cara terbaik untuk menegur, belum tahu bagaimana menyampaikan. Masih lagi cuba untuk adapt kembali ke kolam yang pernah ditinggalkan dulu.
Masih banyak lagi yang terpaksa di hadapi sehari hari. Dan ia memerlukan mujahadah. Bersangka baik, bersabar, merendah diri, berusaha bersungguh sungguh, menjaga batas dalam pergaulan...and the list goes on.
Imah teringat perbualan dengan seorang rakan, tentang bekerja. "Mula mula memang bersemangat, last last...." Entah. Adakah Imah pun akan jadi seperti itu? .....Pagi tadi membeli tudung putih, kakitangan kerajaan di Terengganu diwajibkan mematuhi kod berpakaian tertentu selama 40 hari sebagai tanda menghormati kemangkatan ibunda Yang DiPertuan Agong sekarang, yang merupakan Sultan Terengganu pada masa ini. Jadi..memang kena beli tudung putih dan mungkin perlu dipakai sehingga hujung bulan ini. Semasa di sana, Imah melihat belia remaja yang membuang masa, membuat sesuatu yang tidak nampak faedahnya. Sedih, kerana mereka Muslim yang berbangsa Melayu, bangsa Imah sendiri. Kalau bukan bangsa sendiri yang perlu berusaha menyelamatkan mereka, maka bangsa mana? Lebih sedih lagi...mereka beragama Islam..
Tetapi Imah tak berbuat apa apa. Tidak menegur, tidak bertanya. Hanya mampu melihat dengan ekor mata dengan perasaan sedih bercampur bersalah kerana tidak berbuat apa apa. Maafkan hamba, ya Rabb..Hamba tidak tahu caranya. Imah tidak ada kesempatan, kebijaksanaan dan keberanian untuk sekadar berusaha menegur. Dalam erti kata lain, Imah tidak menyumbang apa apa kepada agama ini. Maka berbalik kepada persoalan tadi...Adakah Imah akan menjadi seperti mereka yang menganggap pekerjaan ini hanyalah satu pekerjaan. Imah harap, tidak. Semoga Allah memberi kekuatan agar Imah terus bersungguh sungguh bekerja dan meningkatkan ilmu. Sebab hanya cara ini Imah mampu bekerja untuk ummat, sebelum ada cara lain lagi. Menjadikan pekerjaan sebagai satu ibadah, moga diterima di sisi Allah. Dan mengharapkan agar masa yang tidak digunakan untuk memperbaiki orang lain, akan digunakan untuk meningkatkan diri di bidang ini... One at a time.
Teringat akan cerita berkaitan Imam Hassan Al-Banna. Sebelum majlis yang melibatkan salah satu ceramah beliau, beliau turut menyusun kerusi. Memandangkan kedudukannya yang dipandang tinggi oleh para mujahid ketika itu, terasa tidak patut beliau menyusun kerusi. Tetapi apabila ditanya/dikatakan mengapa (orang yang terhormat seperti) beliau menyusun kerusi, jawab beliau..."Aku tidak tahu amal mana yang akan diterima Allah swt"..Subhanallah. Merendah diri sekali, sesuai dengan jiwa seorang mukmin yang hidup hanya untuk Tuhannya, Allah swt. Imah tidak ingat secara detail tentang cerita ini, tetapi roughly, begitulah seingat Imah. Sila betulkan mana yang salah.
Pendek kata, haruslah bersungguh sungguh dan ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, jangan biarkan neraca manusia lain menjadi penentu aras dalam hidup kita, sebaliknya jadikan neraca iman sebagai titik bermula setipa pekerjaan. Moga Allah memperingatkan Imah. Moga Allah mempermudahkan, amiin.
Rasanya, sampai di sini dahulu. Semoga Allah terus memberi hidayah dan keampunan untuk Imah dan pembaca2 blog ini. Semoga Allah mengampuni dosa umat Islam sekaliannya.
Astaghfirullah.

Subscribe to:
Posts (Atom)