Tuesday, November 30, 2010

Atas dan bawah,Hidup dan iman ini.

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah swt hati mukmin akan tenang.

Gembira tidak semestinya tenang. Kegembiraan biasanya tidak bertahan lama. Ia cuma 'momentarily moment', tidak sampai ke tahap 'temporary' pun, jauh sekali 'constantly' apatah lagi 'permenantly'. Tenang, membawa kepada bahagia. Tenang boleh berlaku 'constantly' atau 'continuosly'. Mungkin 'intermittently' shaken, tapi ia lebih mendekati 'continuity'. Dan kebahagiaan berterusan adalah milik jiwa jiwa yang tenang yang senantiasa mengingati Allah swt.


Kenapa menulis tentang ini?
Kerana hati itu sentiasa berbolak balik. Astaghfirullah..

Wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

Hari hari,

Assalamua'laikum wbt.

Semalam- Raya di Adelaide
Hari ini-Family beraya di Malaysia
Esok-Saya exam.

Sekian.

p/s : Mintak maaf if ada yang tersinggung. Doakan saya ye! :)

Thursday, November 11, 2010

...

Assalamua'laikum wbt

Bekas yang buruk, berlubang lubang, tertampal sana sini, lekuk kiri kanan, atas dan bawahnya...tak mungkin mampu menakung air yang jernih dengan sebaiknya. Namun debu masih mampu menapak di situ. Walau dicurah air sebanyak mana pun, ia takkan mampu menjadi takungan yang berguna pada orang lain.

Tetapi sekurang kurangnya bekas itu lebih bersih dari dibiarkan tidak disentuh air.

Dan hari ini, aku menangisi keadaan bekas itu.


Lalu jiwa kuberbicara : Bukankah masa itu sebahagian dari rawatan? Yeah, I am still not the person I wanna wake up being, but InsyaAllah I will be her one day.. Mohon agar ia tidak terlalu terlewat.

Wassalam



Sunday, November 7, 2010

Peringatan buat diri sendiri (5)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum w.b.t.....


Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. "

“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

"Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan..(bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.


Peringatan kepada diri sendiri.
Imah yakin, ada sesuatu yang Allah ingin beritahu Imah di sini.
Tiada sesuatu yang berlaku adalah kebetulan.

Wassalam.

Saturday, November 6, 2010

Selatan Afrika.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum

Bahaya. Fisiologi wanita itu merbahaya serta membahayakan wanita itu sendiri. Kelihatannya ia sekadar menjejaskan kualiti kerja serta dalam konteks seorang pelajar, ia menjejaskan pengajian pelajar tersebut mungkin untuk satu atau dua hari, tetapi ia sangat merbahaya kepada iman seorang manusia yang baru belajar menjadi seorang dai'ah. Dan yang paling merbahaya, tidak siapa tahu bila ajalnya akan tiba. Sangat menakutkan, memikirkan ada kemungkinan nyawa akan ditarik ketika iman itu turun. Semoga kita tidak berlama lama apabila berada di lembah itu.

Wanita. Emosi melebihi akal. Cliche kah?

Fisiologi wanita sudah sedikit sebanyak dirungkai, beberapa sifat pada wanita bergantung kepada keadaan fisiologinya pada satu satu masa. Punca yang sama, kesan yang berbeza pada individu wanita yang berbeza. Pada waktu waktu begini, ada antara mereka yang mudah marah, mudah menangis, mudah terasa, makin bertambah seleranya, mula teringat perkara perkara yang menyedihkan dan sebagainya, meninggalkan kaum adam terpinga pinga. Alasan mudah yang diberi wanita pada waktu ini, " Ah, saya sedang PMS! Jangan ganggu saya!".

Bagaimana dengan komponen iman? Sebetulnya, Imah tak pasti, Imah tak tahu. Setelah diperhatikan dalam kehidupan wanita wanita yang ada di sekeliling, rutinnya sama. Apabila waktu itu sampai, memang kesan yang sama dapat dilihat. Kemurungan, kesedihan, marah marah, sakit belakang, bertambah selera makan....dan lain lain. Namun tidak pernah berjaya wanita wanita ini melawan 'rutin' tersebut. Imah sendiri tidak mampu melawan rasa yang timbul mungkin hanya sekali sebulan, yang kesannya sangat menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Persoalan yang masih berlegar, di mana komponen iman dalam hal ini? Kekuatan iman sangat nampak kelunturannya, sehingga gagal melawan 'rutin' yang sudah lama diketahui akibatnya. Trigger nya mungkin berlainan, tetapi kesan masih sama. Adakah iman ini terlalu lemah sehingga diri ini kalah lagi? Bukankah iman sepatutnya mengawal kemarahan kita, dan bukannya fisiologi diri?

Owh Tuhan. Terasa tidak adil, kenapa ada fisiologi sebegini yang mudah menjerumuskan kami kepada perbuatan yang tidak baik dan menurunnya iman? Astaghfirullah. Maha Suci Allah dari sifat sifat yang tidak layak bagiNya. Segala yang ditakdirkannya bukanlah sia sia. Maka Imah sekadar menyeru kepada diri, jadikan rutin ini sebagai 'pengukur' iman dalam dada. Ingin bermujahadah sehingga iman boleh mengalahkan fisiolgi dalam badan. Adakah layak iman itu dikawal oleh fisiologi badan? Macam buat lawak Selatan Afrika.

Ya, Imah kalah lagi. Tapi kekalahan ini sangat merbahaya. Ia berlaku di walau di mana sahaja Imah berada. Tetapi kekalahan seperti ini bakal mencacatkan perjalanan dalam gerabak ini, yang dihubungkan atas dasar iman, lebih lebih lagi kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Imah memerlukan seseorang yang memahami hakikat iman dan fisiologi serta 'rutin' Imah untuk bertahan dalam melalui waktu waktu sebegini. Tetapi siapa? Lebih penting lagi, sampai bila?

Jawapan kepada siapa, adalah Allah SWT yang menciptakan Imah,semestinya.
Jawapan kepada sampai bila, hanya Yang Maha Mengetahui sahaja tahu.Allahu Allah.

Adakah coretan kali ini bersifat terlalu peribadi?
Tidak pasti. Tetapi Imah yakin ada yang mengalami permasalahan yang sama. Iman dan fisiologi.Atau mungkin Imah sahaja?


Wallahua'lam.
Wassalam.

Thursday, November 4, 2010

Kalah lagi.

Assalamua'laikum.

Imah tak mahu kalah lagi. Semoga malam semalam adalah kekalahan terakhir Imah dalam hidup Imah ini.Izinkanlah ya Allah.

"Focus on what you want, not what you do not want."

InsyaAllah.
Terengganu, here I come!