Tuesday, August 31, 2010
Barakallahu la huma...
Dan seorang lagi sahabatku bakal menyempurnakan separuh dari agamanya...
Tahniah,sayang..
Moga dikau bahagia selalu...
Wassalam.. =)
Monday, August 30, 2010
Dan hati ini tahu menyanyi... =)
Mungkin ada yang tidak tahuNurFaS, yang berharap.Berharap dengan sangat...
Hatiku tahu berlagu
Nadanya bisa berlagu sepi
Bisa juga ia menari nari
Tenteram dalam sanubari
Aku terasa damainya kini...
Melodi lagu ini
Ada masanya ia turun
Ada waktunya kan naik semula
Umpama senyuman matahari
Kadang terlindung dek awan ujian
Hanya supaya aku lebih menghargai sinaran girang mentari
Dan supaya aku mampu menjawab sendiri
Di kala terlindung sinaran itu
Yakinkah aku menunggu senyuman mesra..
Dan nada yang bersimfoni harmoni ini
Adalah anyaman yang Maha Kuasa
Dia yang mengatur segala
Akhirnya tercipta sebuah lagu yang sempurna..
Monday, August 23, 2010
Sendiri.
Sendiri.
Malam terasa sunyi.
Mata bagai digenangi kenangan.
Masa depan yang masih tak pasti.
Aku sunyi dan sendiri.
Banyak di fikiran.
Tiada satu pun aku tahu maksud dan jawapan.
Oh bulan.
Kerana aku ingin bercerita.
Oh Tuhan,
Aku tidak luka.
Cuma iman yang rabak dan terkoyak.
Menjadikan yang hina semakin lara.
Maha suci Engkau.
Tidaklah layak ibadah yang tidak sempurna untuk sampai kepadaMu,
Wahai Dzat yang Maha Mulia.
Menolak al hawa' yang sudah lama menjadi raja.
Dan katakanlah: “Yang benar telah
datang dan yang bathil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu
adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS. Al-Isra`: 81)
Yang haq sudah datang. Jangan ya Allah, kau jadikan kelemahan imanku sebagai sebab untuk menghalang haq itu melenyapkan kebatilan yang beraja dalam diri.
Monday, August 16, 2010
Kecewa
Serious, Imah kecewa dengan diri sendiri. Tapi lafaz la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil a'zhim memberi Imah kekuatan. Kekuatan yg dipohon hanya dari Allah, yang Maha Perkasa, Maha Kuasa..Amin.
Ya Allah..percantikkanlah masakanku hari ini dari segi rasa dan rupa. Nak bagi orang berpuasa ni....haiya!
Wassalam.
Wednesday, August 11, 2010
Lalang
Aku hanyalah lalang
Aku hanyalah lalang
Hai,aku lalang
Aku benar benar seperti lalang
Tahukah kalian akan lalang?
Apa lalang pada mata manusia?
Apa khidmatnya?
Apa gunanya?
Bernilaikah ia?
Dan bulan yang penuh barakah datang lagi.
Dan ia berlalu saat demi saat.
Bernilai,penuh,sarat dengan keberkatan,kemuliaan pemberiaan yang Maha Mulia.
Berlalu ia tanpa mempedulikan lalang ini.
Wahai lalang, mampukah kau bertransformasi kepada padi?
Kau sepertinya tak mungkin menjadi pohon durian.
Kau langsung tiada bayang pohon rambutan.
Kau lebih kecil nilainya dari lalang..
Jika bukan kau adalah seorang Muslim..
Sekurang kurangnya lalang,
Adalah rezeki belalang,
Kalau ia tidak menjadi rezeki makhluk lain.
Dan lalang..berfungsi menghembuskan oksigen untuk disedut para makhluk yang entah bersyukur, entah kufur..
Dan untuk 'lalang' seperti aku.
Oh lalang.
Terasa malang bagi lalang kerana aku menyamakan lalang dengan diri yang 'kureng' ini.
Wahai 'lalang', cepatlah teguh.Bukankah janjimu semalam...
"This Ramadhan, I will change my life"?
Kesian lalang,maafkan aku.
Benar benar tak berniat memperkecilkan nilaimu.
Lalang sayang,jangan sedih ye?
Wahai Tuhan,
Tetapkan langkahku.Maafkan aku.
13 tahun Rasul s.a.w menanam akidah dalam jiwa para sahabat.
Aku...belum berusia 2 tahun dalam menjejak kesan.Takkan mengalah.
Akan kutunggu.
Akan cuba berhenti menjadi lalang sebelum ajal menjelang..
Wassalam.
Amiin Baginda s.a.w.
Assalamua'laikum...
Dipetik dari seorang kenalan...
“Ya Rasulullah, kenapa engkau lakukan ini?” [berkata 'Ameen' secara tiba-tiba sebanyak 3 kali setelah menaiki mimbar]
Baginda menjawab :
“Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin.”
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].
Sama samalah memohon keampunan dari Allah yang maha segala, bersifat yang hanya sesuai dengan DzatNya yang maha suci,maha mulia.
Ya Allah,peliharalah aku dari ketidakikhlasan dan riya'.
Wassalam.