Tuesday, May 25, 2010

Me! Me! Pick me!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum w.b.t

Pendek sahaja entry kali ni. (Hopefully)..

Imah yakin,sebagaimana Allah sudah memilih siapa yang syahid, Dia juga memilih siapa yang akan berada di jalan ini..

Dia memilih siapa yang akan bekerja di jalan ini.
Dia memilih siapa yang akan mati sambil memegang amanah membawa risalah.
Dia memilih siapa yang tittle ikhwan yang dirindui Rasullah s.a.w

Hakikatnya,bukan imah yang memilih untuk berada di jalan ini demi Allah, tetapi Allah yang memilih imah untuk berada di jalan ini...

Tapi imah sedar,hati ini..... saat mana,detik mana..bila bila sahaja boleh dipalingkan..

"Ya Allah,tetapkanlah langkah dan hatiku ini dijalanMu..Sampai aku mati..Sampai aku mati..."

Pilihlah aku, ya Allah..
Pilihlah aku..

Monday, May 24, 2010

Grey area...

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.

Jalan tengah = grey area = tidak Islam sepenuhnya (cara hidup) = Jahannam?

Ah.kena ketuk lagi...

Wednesday, May 19, 2010

Ya Allah...sayangkah Engkau padaku?

Assalamua'laikum w.b.t..

Harap semuanya dirahmati sentiasa.

Dalam hati,Allah jua yg tahu.Di luar nampak tenang,di dalamnya berkecamuk..
Maka pada Allah imah memohon,kepada Dia imah mengadu..

Banyak doa yang imah panjatkan,imah mintak padaNya..
Banyak.Banyak sangat..

Tapi cuma satu yang imah ingin coretkan di sini..Ya Allah,sayangilah aku..
Sayangilah aku ya Allah...Sayangilah aku..

Imah tak pandai.Tak banyak ilmu agama.Malas dan tidak ada kelas formal yang imah ikuti melainkan usrah yang disediakan...dan obviously itu tak cukup.

Imah membaca kisah para pejuang Islam.
Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia.
Para sahabat.
Para tabi'at.
Para syuhada'.

Ikhwah dan akhawat fillah yang bekerja siang dan malam pada jalan ini..

Imah? Imah sedar diri. Imah sedar diri..
Dan itu menjadi antara sebab doa imah...Ya Allah,sayangilah aku..Aku baru bertatih ke arahMu..

Saturday, May 8, 2010

Siapa tak mahu kaya?

Asaalamualaikum..

Siapa tak mahu kaya?Kita semua nak kekayaan yang banyak.Dan kekayaan yang paling best adalah kekayaan di akhirat nanti. =)

Sila klik di sini untuk membantu walau dengan cara yang paling sedikit ----> spread the news =)
http://www.hkmuslims.com/

Thursday, May 6, 2010

ARROGANT!

Assalamua'laikum w.b.t.........

Kalau nak tahu,imah betul betul rasa imah adalah makhluk yang paling sombong pernah imah kenali dan pernah jumpa dalam hidup ini.Tak sangka nikmat yang Allah kurniakan telah menjadi alasan kepada imah menyombongkan diri.Sungguh bodoh.Nikmat ilmu yg Allah beri imah jadikan alasan untuk tidak mendengar nasihat dan ilmu yang disampaikan oleh orang lain.Allah dah tegur dengan banyak cara,imah buat pekakkkk jua.ALHAMDULILLAH.Allah tak tarik nyawa imah di kesombongan dan keegoan itu.Kalau tak...NERAKA la jawabnya.Imah bukan tak pernah dengar,

"Takkan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada kesombongan walau sebesar zarah"

Imah tak pasti samada itu adalah hadis atau mana sumbernya.Tapi tak bermakna kenyataan ini salah.Hakikatnya,syaitan diusir dari syurga dan dilaknat oleh Allah dengan kutukan dan azab dari neraka kerana KESOMBONGANNYA, tidak ingin sujud kepada Nabi Adam a.s dan melanggar perintah Allah..

Astaghfirllah...atas kesombongan dan kebodohan itu..

Walhamdulillah atas nikmat nyawa,hidup,iman dan hidayah yang Allah kurniakan kepada imah pabila sampai ke Adelaide ini melalui hamba2Nya yang giat memperbaiki rosaknya ummah ini.Alhamdulillah..

Baiklah,sampai di sini dulu.Banyak sangat masa yang imah habiskan depan laptop,Alhamdulillah ia bukan ke jalan maksiat dan sia sia.

Ooops!Lepas ni still kna mengadap laptop.Ada assignment yang perlu disiapkan.It's ok..ijazah adalah wasilah (cara) sedang priority hidupku adalah dakwah kepadaNya...

Wassalam.Take care dear all muslim brothers and sisters.I'd really want all of us to gather and have the eternal fun and happiness in JANNAH, I.Allah...

Monday, May 3, 2010

Ilmu itu penambah dosa?

Assalamua'laikum w.b.t..

Banyak sekali idea datang untuk menulis.Sangat banyak,namun akhirnya ia tertanam di dalam dada sahaja.Tidak mengapalah,Allah tidak mentakdirkan perkongsian itu pada kali ini.

Maka perkongsian kali ini berkisar pada ilmu.Seperti yg diketahui,butir butir ilmu masih tersebar luas di luar sana.Melalui tulisan,tingkah laku dan lisan.Semuanya adalah ilmu jika ditafsir secara kritis.Alhamdulillah,diri ini diberi kesempatan mengutip bait bait ilmu yang ada melalui alam maya,satu ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia,moga menjadi manfaat kita bersama.

Dan akhirnya persoalan yang sama timbul setiap kali mata selesai menatap tulisan,dan minda cuba mencerna cerna ilmu yang baru sampai..apa signifikasi ilmu ini?Apa kesannya pada diri?Apa guna ilmu ini?

Jawapannya jelas,ilmu tanpa amal umpama pohon rendang yang tidak berbuah.Tapi lebih dari itu...ilmu yang diingkari bukan sahaja tidak membawa manfaat kepada empunya diri bahkan lebih teruk,membawa bala dalam bentuk dosa pula!

Contoh,orang yang jahil jika berbuat maksiat akan mendapat dosa atas maksiatnya sahaja,manakala orang yang berilmu akan mendapat dosa 2 kali ganda.Pertama atas maksiat itu sendiri dan yang kedua kerana mengingkari ilmu dalam dadanya.Mungkin kerana hitamnya hati lantaran karat jahiliah dan dosa dosa silam yang belum terhakis,maka diri tidak dapat mendengar bisikan hati..walau ilmu itu ada di dada..

Hadith baginda S.A.W yang bermaksud " Mintalah fatwa dari hati engkau.Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya dan mententeramkan juga kepadanya hati.Dan dosa itu ialah apa yang bergetar dalam diri dan ragu dalam dada,sekalipun berfatwa kepada engkau oleh manusia dan mereka berftwa dengan menyalahinya" (Hadith Hassan,diriwayatkan dalam Musnad dua Imam,iaitu Ahmad bin Hanbal dan al-Darimi dengan sanad yang baik.

Dari hadis ini dapat disimpulkan bahawa,hati itu fitrahnya baik.Dan ia tidak akan tenang andai ia dipenuhi serta dikelilingi dosa dosa.Maka jika kita telah melakukan dosa dan kita tidak merasa apa apa,maka yakinlah hati itu telah menjerit tetapi kita yang memekakkan telinga..

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

(Surah Thaha [20] : 124-127)

Peringatan.Diri yang bodoh ini dahulunya pasti berfikir bahawa 'peringatan' yg dimaksudkan dalam ayat ini adalah Al-Quran dan yang 'berpaling' itu adalah orang orang kafir.Astaghfirullah! Ternyata yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang orang seperti diri ini.Yang telah datang peringatan itu dalam pelbagai cara;samada dalam bentuk nasihat dari rakan2,samada dari tazkirah di tv9 (bukan nak promote),atau di tv3,atau di dada2 akhbar,atau di blog2,atau di mana2 sahaja yang bisa dibaca atau didengar. Ternyata Allah s.w.t ada perancangannya sendiri dalam memberi hidayah kepada kita..Namun more than always,hati kita BERPALING! Tahu bercakap yang sia sia itu merugikan,dibuat juga.Mengumpat itu sah sah berdosa,enjoy juga buat ketupat.
...And the list just won't stop.Astaghfirullah...Dan jika kita memilih untuk berpaling dari peringatan itu,maka janganlah merasa hairan andai di akhirat nanti kita dibangkitkan dalam keadaan buta.Maka tanyalah pada diri,bagaimana bisa kita lintasi titian siratul mustaqim dalam keadaan buta?Neraka lah jawabnya!Na'uzubillah ya Ghafurrurrahim...

Betapa banyak peringatan telah sampa i ke telinga,namun telah ku ignore kan sahaja.Berapa kali hatiku menegur ketika ku membuat dosa (benar,ia telah menegur) tetapi kupekakkan telinga.Berapa kali telah kudengar kisah kisah dan tazkirah tazkirah,tapi ku buat endah tak endah...Astaghfirullah...Ampuni aku ya Allah..Ya Allah...Ya Allah..

Dan diri ini?5 tahun di sekolah agama,sekadar menambah dosa.Mak dan ayah hantar ke sekolah setiap hari dengan harapan anak ini akan menjadi penjemput ke syurga,penyambung amal di dalam alam barzakh nanti..siapa sangka rupanya penghancur harapan pula...

5 tahun menambah ilmu,rupanya menjadi bahana kepada diri sendiri apabila diingkari..Astaghfirullah..

Beruntung Tuhanku itu maha pengampun,maha penyayang,maha pengasih....Beruntung masih ada pintu kesedaran yang diketuk bertalu talu.Hari demi hari..Beruntung Allah masih sayang pada diri...Beruntung Allah tidak mematikan aku dalam kesesatan kejahilan yang dimurkai..Namun ini tidak bermakna diri ini telah terselamat.Hadis ke 4 dalam hadis 40 susunan imam Nawawi...erkkk..panjang la pulak..kna update lain kali,i.Allah..ku sekadar menyimpulkan yang penting adalah kesudahan hidup seseorang.Jika beramal yang banyak namun di penghujungnya adalah dalam kesesatan maka sesat juga pengakhirannya...

Point di situ,harus istiqamah dalam agama,dalam dakwah,dalam jalan yang diredhai Allah ini..Sampai mati.Sampai mati i.Allah.Harus 'azimah dengan diri.Disiplin! Kerana kita tidak akan pernah tahu bila ajal akan tiba.

p/s : perkongsian ini adalah untuk mengetuk ngetuk hati ini yang telah lalai,hitam dan berdosa.5 tahun di sekolah agama,rupanya sekadar penambah dosa.Kutulis penuh makna supaya bila kubaca lagi,jika terlalai lagi akan malu sendiri.Akan tersedar lagi.Dan moga kejatuhan tidak kan berlaku lagi.Seorang muslim itu tidak patut jatuh ke lubang yang sama 2 kali!Dan kalian sebagai saksi,ini peringatan kepada diriku yang hatinya pernah mati.

Wallahu a'lamu bissawak.

Sekian.wassalam.