Wednesday, April 28, 2010

Tanda Soal.....Banyak sekali...(????????)

Assalamua'laikum w.b.t...

Kepada yg digerakkan hatinya menyinggah di blog ini,terima kasih Imah ucapkan.Semoga kalian di dalam peliharaan Allah s.w.t selalu..

Maka Imah telah menghabiskan satu lagi hari atas muka bumi ini,ntah samada bersulam pahala kebajikan atau terselit di dalamnya keburukan dan dosa...hmmmm..

Laptop Imah dah rosak kabelnya tadi.Maka telah beberapa hari (2 hari agaknya) Imah tak dapat menjengah ke internet melalui laptop sendiri.Tapi alhamdulillah,setelah diurut2 manja kabelnya,berbekalkan bismillah dan doa di dalam hati,serta pengharapan kepada yg Maha Berkuasa..laptop kembali menyala!! =)

Alhamdulillahirabbil a'lamiin...

Tapi bukan itu intipati cerita Imah hari ini..

Hari ini,sahabat Imah,Fakhriah telah meminjamkan laptopnya kepada Imah,maka dapatlah Imah menjengah butir2 ilmu yg terdapat di luar sana.

Banyak yang Imah dapat.Alhamdulillah..dan 2 kali Imah menangis apabila hati merasa kesusahan saudara seislam yang lain..Alhamdulillah.Biarlah airmata itu menangis keranaNya..kerana cinta padaNya maka Imah merasakan penderitaan saudara2 di luar sana..Alhamdulillah...Hati ini belum keras lagi..

Antara yg Imah dapat atau lebih tepatnya,diingatkan tentang ganjaran orang yg berkogsi ilmu yang bermanfaat.Imah membaca catatan pejuang2 Islam yg lain,yg menekankan kepentingan untuk memperjuangkan Islam dari pelbagai cara dan kumpulan sasaran.Samada melalui ekonomi,politik,perubahan sahsiah,ilmu,penyediaan makanan halal,perubatan dan lain-lain.Samada kumpulan sasarannya ialah kanak-kanak,pelajar sekolah,remaja,belia,orang2 tua,pemimpin politik dan lain2.Dan jangan sesekali memandang rendah serta memperlekeh usaha mereka.

Lalu Imah bertanya,apakah sumbangan Imah....?Imah tidak mempunyai ilmu yang tinggi untuk dikongsi.Imah tidak ada kemhiran untuk kebaikan orang lain,hatta memasak pun masih memerlukan pertolongan kawan-kawan.

Akhirnya setelah berpulas pulas otak mencari jalan,untuk mencari pahala,Imah akhirnya berkonklusi..(Semoga konklusi ini adalah ilham dari Allah),Imah berkeputusan meletakkan link ke blog ini di mukabuku a.k.a Facebook.Hurmmm..Tapi rasanya isinya perlu lebih lagi direncana dgn ketelitian..Kenapa nak letak link itu sekarang?Kerana sebelum ini Imah tak yakin dengan diri sendiri dan penulisan ini.Tapi setelah mendapat inspirasi dari seorang penulis dan pencinta ilmu Islam yang hebat,maka Imah telah berkeputusan untuk tidak menjadikan blog ini blog peribadi sebaliknya tempat perkongsian ilmu,walaupun ilmu itu sudah ramai ketahui..semoga ia sekurang-kurangnya ia menjadi tazkirah dan peringatan kepada yang membacanya.Bukankah manusia itu sifatnya pelupa?Semoga perkongsian ilmu (a.k.a tazkirah) itu mendatangkan kebaikan yg membacanya serta mendatangkan pahala kepada Imah,Insya Allah.Maka Imah cuba sedaya upaya mengikhlaskan diri menulis dengan niat semoga ia diterima sebagai ibadah di sisi Allah.Amiin..

Kepada pejuang2 Islam yg berjuang melaui tulisannya,moga Allah membalas usahamu dengan ganjaran pahala dan kedudukan yg baik di sisiNya.Kalian dan khususnya anta (biarlah Imah merahsiakan siapa),telah memberi jalan kepada insan selemah Nurul Fatimah Sulaiman untuk menulis demi mendapat keredhaanNya..

Buat masa ini...perkongsian kali ini ialah berkongsi ilmu bisa membawa kita kepada keredhaanNya...pendek,tapi padat.

Dan buat masa ini,Imah masih belum bersedia meletakkan link ke blog ini di Facebook.Mungkin setelah bersedia,baru Imah letak...(Bilakah itu??)

Hurmmmm.............wassalam..

Sunday, April 18, 2010

Takut...

Tentang kebimbangan dalam hati ini..

Kepada siapa bisa aku suarakan?
Kepada siapa bisa aku adukan semua?
Kepada siapa bisa kucurahkan rasa hati ini?

Siapa yang bisa membantuku?
Siapa yang bisa memberi jaminan apa yang aku takuti itu takkan berlaku LAGI?
Siapa yang bisa meyakinkan bahawa diri ini sudah cukup kuat?

Aku masih dihantui ketakutan semalam..
Saat aku tergelincir dari kepompong penuh nikmat ketenangan
Setelah berlalunya waktu itu
Waktu aku tahu apa mahu ku,walau seluruh dunia membantah
Walau di kala itu,aku sangat lemah dan aku terasa aku bersendiri...
Waktu aku diletakkan di suatu tempat yang asing,dan tiada tempat untuk berpaut walau berkali kali telah kucuba kuatkan hati ini..

Bagaimana telah tergelincir kaki ini?
Bagaimana telah hilang pendirian ini?
Bagaimana telah hilangnya semangat serta malu itu?
Semuanya hilang terus,walau hilangnya perlahan lahan..

Ah! Musuh musuh kekasihku telah berjaya!

Namun aku sedar sekarang.
Status aku hanyalah hamba.
Dan pemilik dan pembolak balik hatiku ini Maha Mendengar rintihan hambaNya
Kepada Dia aku mengadu.Kepada Dia aku memohon simpati.
KepadaNya aku mohon segala bentuk kekuatan.
Untuk meneruskan perjalanan di jalan yang susah ini..

Ya Allah,tetapkanlah hatiku di jalanMu sehingga akhir hayatku.
Sehingga aku bertemu denganMu Ya Allah..

Ya Allah,pertemukanlah aku dengan hamba hambaMu yang sama2 berjuang di jalan ini,Ya Allah...di mana sahaja akan Kau tempatkan aku nanti.

No more grey area please.. =(

Wassalam.

Wednesday, April 7, 2010

ONE

Ya Allah..

Ku punyai hanya satu hati..
Penuhkan ia dengan cinta kepadaMu
Penuhkan ia dengan rindu padaMu
Mantapkan ia dengan keimanan yang tidak pernah kan pudar
Bersihkan ia dari segala dosa dan nista
Lembutkan ia dengan rahmah dan kasih sayangMu
Satukan ia dengan hati hati hambaMu yang beriman,yang sama sama menggerakkan dakwah ini
Tetapkan ia pada jalanMu
Jalan yang ingin aku ikuti sehingga Izrail menarik nyawaku
Kelilingi ia dengan ingatan dan impian ke syurga milikMu yang abadi.

Yes,I only have one heart.I only want Him to be with me in my heart.Now and forever.I pray to Him that He will show all of us the right way.Amiin.

Tuesday, April 6, 2010

pesanan utk dri sendiri (2).

Assalamua'laikum w.b.t..

Kalau orang kafir mendengar seorang Muslim sejati bercakap,mesti diorang akan takut.Sebab seorang Muslim sebenar akan bercakap tentang kematian.MATI. Orang2 kafir takut akan kematian.

Tidak salah kalau takut mati.Mekanisma badan pasti melawan sebarang mara bahaya.Panas pon refleks je kaki ni nak lari.Apatah lagi mati. Tak salah langsung kalau kita menjauhkan diri dari perkara2 yg merosakkan badan,malahan Allah suruh kite jangan merosakkan diri sendiri.(so,sila berhenti merokok.atau merempit.atau makan dgn banyak dan jayanya!)

Tapi takut pada mati biarlah kena pada tempatnya.Kalau takut mati kerana tak cukup amal,kalau kerana tak sempat tunai janji,kalau tak sempat sediakan yang cukup untuk anak bini...boleh tahan.Tapi kalau takut kerana sayangkan dunia...ayoyo.

Di sisi Allah,dunia ini tidak lain hanyalah sampah dan bangkai.Sedang di akhirat nant adalah lebih baik untuk orang2 yang beriman.

Imah ada dalam 6 hari je lagi nak exam.FINAL exam.utk diuji dalam masa 3 jam setengah.

Boleh disamakan...kalau Allah izinkan imah hidup utk lagi 30 tahun...30 tahun sahaja lagi sebelum MATI.30 tahun utk beribadah sbg bekalan utk hidaup selama-lamanya..selama-lamanya...samada dapat syurga yg penuh nikmat atau masuk neraka dulu sebelum masuk syurga (if mati dalam keimanan) or neraka yg penuh azab sampai bile2..Pilih,pilih..pilih,jangan x pilih..ITUPUN KALAU ADA 30 TAHUN. kalau ada...kalau 20 tahun?kalau 10?kalau setahun?kalau sehari?? dush3!!

Dulu,kalau imah mendengar tentang syurga,imah rasa macam jauh je...sangat jauh.sekarang,bile imah dgr tentang syurga,rasa macam nampak jalan ke syurga.tapi jalan ke sana x semudah itu.tiada karpet merah untuk ke kesana.tiada hamparan yg lembut utk ke sana.jika merah,itu mungkin darah.xkan sama org yg ke sana bermandikan darah dan xkan sama org yg ke sana bermandikan peluh.imah?imah...baru mula merangkak semula untuk bergerak ke arah itu..

BUKAN.bukan imah kata imah boleh masuk syurga.(hello,sy sedar diri.) tapi imah tahu dan dah nampak mana jalan ke syurga.dan x mungkin jalan itu mudah.dan imah baru merangkak ke arah itu..(baru merangkak,kak...)

imah kalah lagi.imah dah pernah kalah sebelum ini,then hari itu imah kalah lagi.tp selepas kejatuhan akan ada kebangkitan.dan imah bangkit dan berazam takkan kalah lagi.TAKKAN. moga Allah tetapkan hati dan langkah imah di jalan ini sampai imah mati.MATI bukan penamat.MATI adalah transition.dan kita semua akan mati.

(sekali lagi,imah harap jgn judge imah melalui penulisan imah,ini tidak lain melainkan peringatan kepada diri sendiri..)

Thursday, April 1, 2010

Pesanan utk diri sendiri.

Erti hidup bkn dgn berfb,bkn dgn kehadiran rakan2 yg kita harapkan pd waktu2 tertentu,bukan pd kelas yg perlu dihadiri hari2,bkn dgn mndapatkan apa yg kita hajatkan,bkn dgn menulis isi2 blog yg x berkesudahan,bkn dgn kehadiran insan2 yg mengisi ruang dlm hati,bukan pada segulung ijazah satu hari nnt,bkn pada harta yg tiada nilai dimataNya..kite mungkin memandang bnda yg sama,malangnya kite tidak nampak benda yg sama.

Aku akui kebodohan,kelemahan,kemampuan aku membutakan mata dan memekakkan telinga.
Ku sedari mata hati yg sengaja kututup kerana lemahnya iman dan rapuhnya takwa.
Aku sedar,aku akui.Dan mmg semuanya salah diri sendiri.

Cepatlah kembali,cepatlah kembali.cepatlah..mulakan cycle cinta Ilahi lagi... =(

Tuesday, November 24, 2009

Sedikit pening..

Bismillahirramanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t..

Inilah hakikatnya.Pening.Imah pening membaca itu dan ini.Salah sendiri sebab tak pernah ada usaha mencari ilmu,malas mengkaji ilmu agama.Perkataan mengkaji itu semacam x sesuai untuk Imah guna,seolah olah ada yang tidak lengkap tentang agama,sedangkan agama itu sudah lengkap.Maka perkataan yang lebih sesuai adalah mendalami dan memahami agama.Ya,itu lebih tepat.Hakikatnya Imah malas mendalami ilmu agama.Tetapi untuk mendalaminya tak boleh dibuat sewenang wenangnya,tanpa ada panduan dari seorang guru.Bukankah kalau belajar sendirian,ada kemungkinan akan belajar dari syaitan? We never know,do we?

Maka apa yg memeningkan Imah?Permasalahan umat,itu dan ini.Tiba2 perihal mazhab,pendapat ulama',peribadi si fulan dan si fulan hangat dibincangkan.Ada bau emosi dapat dihidu.Perbalahan dan perpecahan boleh berlaku dalam umat.Tidak cukup dengan hal Sunni dan Syiah,hatta dlm negara Palestin sendiri ada perbalahan dan perpecahan.Ditambah pula ada perbalahan antara hal bermazhab.Sungguh,Imah yakin Baginda Rasullah pasti bersedih melihat keadaan kita.

Tidak.Imah tidak layak bercakap dan menyentuh soal ini memandangkan ceteknya ilmu,lemahnya iman dan dangkalnya akal apabila tiba tentang permasalahan agama.Imah tak pernah layak.Sekadar habis mendalami ilmu agama di tingkatan 5,Imah sememangnya tidak layak bercakap tentang soal ini.Tetapi permasalahan inilah yang memeningkan Imah.Permasalahan mazhab.Si fulan berkata A, another si fulan berkata B.Kedua duanya dihormati lagi disegani.Berhujah dengan pelbagai dalil bersandarkan Al-Quran dan Sunnah,tapi mungkin ada perbezaan pendapat.Tapi Imah bukan mereka.Dan Imah setuju sekiranya perbahasan dan kekhilafan antara para ulama' kekal menjadi rahsia antara mereka.Jangan dipeningkan orang yg kurang berilmu seperti Imah ini.Di luar sana ada ntah berapa juta lagi Imah.Dan semua ini menambah kepeningan dan kekusutan Imah apabila menyentuh tentang agama.Apa yg Imah bebelkan ini?Tidak lain selain isu Dr. Asri a.k.a Dr.MAZA..Aiii..pening2..

Subhanallah,ada hikmah di sebalik kepeningan yang melanda ini.Ada hikmah di sebalik kekacauan minda yang mengkocak pemikiran dan ilmu agama dalam jiwa Imah.Ada pengajaran disebalik kes yang berlaku selepas penangkapan individu tersebut.Imah mula sedar,betapa kurangnya ilmu dalam dada Imah.Imah bercita cita mendalami lagi ilmu tersebut,bukan sekadar bertaklid.Kalau ingin bertaklid,Imah harap Imah dapat mengetahui mana datang hujah dan dalilnya.Tapi Imah sedar betapa hal ini memerlukan komitmen dan sokongan.Kekuatan dan kebenaran.Dan sudah pastinya tunjuk ajar yang betul dari seorang guru yang ikhlas.Jauh di sudut hati,Imah berdoa agar bertemu teman yang sama2 ingin mempelajari ilmu ini.Dan moga ditetapkan kami di jalan yang lurus.Amiin.

Imah mengucapkan ribuan terima kasih pada seorang sahabat yang sudi meluangkan masa,menjelaskan dgn panjang lebar tentang isu ini.Walaupun pada asalnya Imah tidak memahaminya,tapi atas usaha beliau Imah mula memikirkan tentang hal ini.Betapa semua ini penting dalam kehidupan sehari hari dan betapa hal itu membawa perpecahan dalam umat Islam..Ya Allah,satukanlah hati2 kami..Dan kalungan terima kasih itu,biarlah Imah salurkan dan hadiahkan kepadanya dalam doa Imah yg terpanjat kepada Allah s.w.t Pemilik alam semesta,Rabbul A'lamiin.

Ya Allah,kurniakanlah aku kesempatan..Dalam mencari jalan kearahMu ya Allah..

Sekian,wassalam.

Tuesday, November 17, 2009

..

Lepas menangis,rasa hati lebih tenang.Tapi rasa xleh berhenti menangis pula..ya Allah..

Aku ingin bercerita tapi tiada yg ingin mendengar,
Aku ingin meluahkan,tapi di suruh diam pula,
Aku benar2 bimbang,tapi disisihkan,
Aku ingin berkongsi tapi ditolak ke tepi..

Akhirnya aku ke katil,dgn mata yg bengkak..
Quilt cover ku basah,
Bantal kecilku pun sama malangnya,
Teresak esak sendirian,
Tercari cari seorang kawan..
Terasa aku ramai kawan,tapi ntah kemana menghilangnya kalian?
Aku bercerita kepada Tuhan,
Tapi aku x pasti dalam menunggu jawapan..
Bukan tidak yakin,mungkin ini salah lemahnya iman..

Kepala terasa berat,
Hati terasa sarat,
Mata yg masih bengkak,
Semangat yg masih tidak tetap,
Jiwa yang masih bernanah..
Semalam yang hilang.

Ntah apa yang patut aku fikir,
Mungkin aku.Mungkin hanya aku..
Ya Allah...Ya Allah...

Jentera,bergeraklah..tolong bergerak.