Wednesday, April 28, 2010

Tanda Soal.....Banyak sekali...(????????)

Assalamua'laikum w.b.t...

Kepada yg digerakkan hatinya menyinggah di blog ini,terima kasih Imah ucapkan.Semoga kalian di dalam peliharaan Allah s.w.t selalu..

Maka Imah telah menghabiskan satu lagi hari atas muka bumi ini,ntah samada bersulam pahala kebajikan atau terselit di dalamnya keburukan dan dosa...hmmmm..

Laptop Imah dah rosak kabelnya tadi.Maka telah beberapa hari (2 hari agaknya) Imah tak dapat menjengah ke internet melalui laptop sendiri.Tapi alhamdulillah,setelah diurut2 manja kabelnya,berbekalkan bismillah dan doa di dalam hati,serta pengharapan kepada yg Maha Berkuasa..laptop kembali menyala!! =)

Alhamdulillahirabbil a'lamiin...

Tapi bukan itu intipati cerita Imah hari ini..

Hari ini,sahabat Imah,Fakhriah telah meminjamkan laptopnya kepada Imah,maka dapatlah Imah menjengah butir2 ilmu yg terdapat di luar sana.

Banyak yang Imah dapat.Alhamdulillah..dan 2 kali Imah menangis apabila hati merasa kesusahan saudara seislam yang lain..Alhamdulillah.Biarlah airmata itu menangis keranaNya..kerana cinta padaNya maka Imah merasakan penderitaan saudara2 di luar sana..Alhamdulillah...Hati ini belum keras lagi..

Antara yg Imah dapat atau lebih tepatnya,diingatkan tentang ganjaran orang yg berkogsi ilmu yang bermanfaat.Imah membaca catatan pejuang2 Islam yg lain,yg menekankan kepentingan untuk memperjuangkan Islam dari pelbagai cara dan kumpulan sasaran.Samada melalui ekonomi,politik,perubahan sahsiah,ilmu,penyediaan makanan halal,perubatan dan lain-lain.Samada kumpulan sasarannya ialah kanak-kanak,pelajar sekolah,remaja,belia,orang2 tua,pemimpin politik dan lain2.Dan jangan sesekali memandang rendah serta memperlekeh usaha mereka.

Lalu Imah bertanya,apakah sumbangan Imah....?Imah tidak mempunyai ilmu yang tinggi untuk dikongsi.Imah tidak ada kemhiran untuk kebaikan orang lain,hatta memasak pun masih memerlukan pertolongan kawan-kawan.

Akhirnya setelah berpulas pulas otak mencari jalan,untuk mencari pahala,Imah akhirnya berkonklusi..(Semoga konklusi ini adalah ilham dari Allah),Imah berkeputusan meletakkan link ke blog ini di mukabuku a.k.a Facebook.Hurmmm..Tapi rasanya isinya perlu lebih lagi direncana dgn ketelitian..Kenapa nak letak link itu sekarang?Kerana sebelum ini Imah tak yakin dengan diri sendiri dan penulisan ini.Tapi setelah mendapat inspirasi dari seorang penulis dan pencinta ilmu Islam yang hebat,maka Imah telah berkeputusan untuk tidak menjadikan blog ini blog peribadi sebaliknya tempat perkongsian ilmu,walaupun ilmu itu sudah ramai ketahui..semoga ia sekurang-kurangnya ia menjadi tazkirah dan peringatan kepada yang membacanya.Bukankah manusia itu sifatnya pelupa?Semoga perkongsian ilmu (a.k.a tazkirah) itu mendatangkan kebaikan yg membacanya serta mendatangkan pahala kepada Imah,Insya Allah.Maka Imah cuba sedaya upaya mengikhlaskan diri menulis dengan niat semoga ia diterima sebagai ibadah di sisi Allah.Amiin..

Kepada pejuang2 Islam yg berjuang melaui tulisannya,moga Allah membalas usahamu dengan ganjaran pahala dan kedudukan yg baik di sisiNya.Kalian dan khususnya anta (biarlah Imah merahsiakan siapa),telah memberi jalan kepada insan selemah Nurul Fatimah Sulaiman untuk menulis demi mendapat keredhaanNya..

Buat masa ini...perkongsian kali ini ialah berkongsi ilmu bisa membawa kita kepada keredhaanNya...pendek,tapi padat.

Dan buat masa ini,Imah masih belum bersedia meletakkan link ke blog ini di Facebook.Mungkin setelah bersedia,baru Imah letak...(Bilakah itu??)

Hurmmmm.............wassalam..

2 comments:

  1. Terima kasih kerana menyinggah,Hilmi.
    Blog anta,bila lagi nk update? Looking forward to read any new post from you.

    ReplyDelete