Tuesday, April 6, 2010

pesanan utk dri sendiri (2).

Assalamua'laikum w.b.t..

Kalau orang kafir mendengar seorang Muslim sejati bercakap,mesti diorang akan takut.Sebab seorang Muslim sebenar akan bercakap tentang kematian.MATI. Orang2 kafir takut akan kematian.

Tidak salah kalau takut mati.Mekanisma badan pasti melawan sebarang mara bahaya.Panas pon refleks je kaki ni nak lari.Apatah lagi mati. Tak salah langsung kalau kita menjauhkan diri dari perkara2 yg merosakkan badan,malahan Allah suruh kite jangan merosakkan diri sendiri.(so,sila berhenti merokok.atau merempit.atau makan dgn banyak dan jayanya!)

Tapi takut pada mati biarlah kena pada tempatnya.Kalau takut mati kerana tak cukup amal,kalau kerana tak sempat tunai janji,kalau tak sempat sediakan yang cukup untuk anak bini...boleh tahan.Tapi kalau takut kerana sayangkan dunia...ayoyo.

Di sisi Allah,dunia ini tidak lain hanyalah sampah dan bangkai.Sedang di akhirat nant adalah lebih baik untuk orang2 yang beriman.

Imah ada dalam 6 hari je lagi nak exam.FINAL exam.utk diuji dalam masa 3 jam setengah.

Boleh disamakan...kalau Allah izinkan imah hidup utk lagi 30 tahun...30 tahun sahaja lagi sebelum MATI.30 tahun utk beribadah sbg bekalan utk hidaup selama-lamanya..selama-lamanya...samada dapat syurga yg penuh nikmat atau masuk neraka dulu sebelum masuk syurga (if mati dalam keimanan) or neraka yg penuh azab sampai bile2..Pilih,pilih..pilih,jangan x pilih..ITUPUN KALAU ADA 30 TAHUN. kalau ada...kalau 20 tahun?kalau 10?kalau setahun?kalau sehari?? dush3!!

Dulu,kalau imah mendengar tentang syurga,imah rasa macam jauh je...sangat jauh.sekarang,bile imah dgr tentang syurga,rasa macam nampak jalan ke syurga.tapi jalan ke sana x semudah itu.tiada karpet merah untuk ke kesana.tiada hamparan yg lembut utk ke sana.jika merah,itu mungkin darah.xkan sama org yg ke sana bermandikan darah dan xkan sama org yg ke sana bermandikan peluh.imah?imah...baru mula merangkak semula untuk bergerak ke arah itu..

BUKAN.bukan imah kata imah boleh masuk syurga.(hello,sy sedar diri.) tapi imah tahu dan dah nampak mana jalan ke syurga.dan x mungkin jalan itu mudah.dan imah baru merangkak ke arah itu..(baru merangkak,kak...)

imah kalah lagi.imah dah pernah kalah sebelum ini,then hari itu imah kalah lagi.tp selepas kejatuhan akan ada kebangkitan.dan imah bangkit dan berazam takkan kalah lagi.TAKKAN. moga Allah tetapkan hati dan langkah imah di jalan ini sampai imah mati.MATI bukan penamat.MATI adalah transition.dan kita semua akan mati.

(sekali lagi,imah harap jgn judge imah melalui penulisan imah,ini tidak lain melainkan peringatan kepada diri sendiri..)

3 comments:

  1. Imah... insyaAllah..dengan izinNya.. takkan kalah lagi.. kuatkan hati.. tekadkan iman.. Istiqamah.. doa.. mengharap petunjukNya.. Jika tak kuat, kita akan tarik.. jika kita yang terjatuh.. imah pimpin kita balik.. dah kena mula lajukan langkah.. tempoh yang tak sampai setahun ni gunakan sebaik yang mungkin.. sebab di Adelaide ni la tersedianya Bi'ah Solehah.. genggam erat2.. amin..

    ReplyDelete
  2. Thanx fakhi..harapnya begitulah.Moga ditetapkan hati dan langkah ini ke arahNya sampai la tiba masa bertemu dgn Nya..tp tadi imah kalah lagi.terbungkam atas katil x sedarkan diri.hihi.kalah yg tu dimaafkan la ye.huhu

    ReplyDelete
  3. senyum selalu, ingat Allah sentiasa men-support hamba-hamba yang ingat pada Dia. Allah genius! yes!

    ReplyDelete