Thursday, November 11, 2010

...

Assalamua'laikum wbt

Bekas yang buruk, berlubang lubang, tertampal sana sini, lekuk kiri kanan, atas dan bawahnya...tak mungkin mampu menakung air yang jernih dengan sebaiknya. Namun debu masih mampu menapak di situ. Walau dicurah air sebanyak mana pun, ia takkan mampu menjadi takungan yang berguna pada orang lain.

Tetapi sekurang kurangnya bekas itu lebih bersih dari dibiarkan tidak disentuh air.

Dan hari ini, aku menangisi keadaan bekas itu.


Lalu jiwa kuberbicara : Bukankah masa itu sebahagian dari rawatan? Yeah, I am still not the person I wanna wake up being, but InsyaAllah I will be her one day.. Mohon agar ia tidak terlalu terlewat.

Wassalam



Sunday, November 7, 2010

Peringatan buat diri sendiri (5)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum w.b.t.....


Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. "

“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

"Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan..(bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.


Peringatan kepada diri sendiri.
Imah yakin, ada sesuatu yang Allah ingin beritahu Imah di sini.
Tiada sesuatu yang berlaku adalah kebetulan.

Wassalam.

Saturday, November 6, 2010

Selatan Afrika.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum

Bahaya. Fisiologi wanita itu merbahaya serta membahayakan wanita itu sendiri. Kelihatannya ia sekadar menjejaskan kualiti kerja serta dalam konteks seorang pelajar, ia menjejaskan pengajian pelajar tersebut mungkin untuk satu atau dua hari, tetapi ia sangat merbahaya kepada iman seorang manusia yang baru belajar menjadi seorang dai'ah. Dan yang paling merbahaya, tidak siapa tahu bila ajalnya akan tiba. Sangat menakutkan, memikirkan ada kemungkinan nyawa akan ditarik ketika iman itu turun. Semoga kita tidak berlama lama apabila berada di lembah itu.

Wanita. Emosi melebihi akal. Cliche kah?

Fisiologi wanita sudah sedikit sebanyak dirungkai, beberapa sifat pada wanita bergantung kepada keadaan fisiologinya pada satu satu masa. Punca yang sama, kesan yang berbeza pada individu wanita yang berbeza. Pada waktu waktu begini, ada antara mereka yang mudah marah, mudah menangis, mudah terasa, makin bertambah seleranya, mula teringat perkara perkara yang menyedihkan dan sebagainya, meninggalkan kaum adam terpinga pinga. Alasan mudah yang diberi wanita pada waktu ini, " Ah, saya sedang PMS! Jangan ganggu saya!".

Bagaimana dengan komponen iman? Sebetulnya, Imah tak pasti, Imah tak tahu. Setelah diperhatikan dalam kehidupan wanita wanita yang ada di sekeliling, rutinnya sama. Apabila waktu itu sampai, memang kesan yang sama dapat dilihat. Kemurungan, kesedihan, marah marah, sakit belakang, bertambah selera makan....dan lain lain. Namun tidak pernah berjaya wanita wanita ini melawan 'rutin' tersebut. Imah sendiri tidak mampu melawan rasa yang timbul mungkin hanya sekali sebulan, yang kesannya sangat menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Persoalan yang masih berlegar, di mana komponen iman dalam hal ini? Kekuatan iman sangat nampak kelunturannya, sehingga gagal melawan 'rutin' yang sudah lama diketahui akibatnya. Trigger nya mungkin berlainan, tetapi kesan masih sama. Adakah iman ini terlalu lemah sehingga diri ini kalah lagi? Bukankah iman sepatutnya mengawal kemarahan kita, dan bukannya fisiologi diri?

Owh Tuhan. Terasa tidak adil, kenapa ada fisiologi sebegini yang mudah menjerumuskan kami kepada perbuatan yang tidak baik dan menurunnya iman? Astaghfirullah. Maha Suci Allah dari sifat sifat yang tidak layak bagiNya. Segala yang ditakdirkannya bukanlah sia sia. Maka Imah sekadar menyeru kepada diri, jadikan rutin ini sebagai 'pengukur' iman dalam dada. Ingin bermujahadah sehingga iman boleh mengalahkan fisiolgi dalam badan. Adakah layak iman itu dikawal oleh fisiologi badan? Macam buat lawak Selatan Afrika.

Ya, Imah kalah lagi. Tapi kekalahan ini sangat merbahaya. Ia berlaku di walau di mana sahaja Imah berada. Tetapi kekalahan seperti ini bakal mencacatkan perjalanan dalam gerabak ini, yang dihubungkan atas dasar iman, lebih lebih lagi kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Imah memerlukan seseorang yang memahami hakikat iman dan fisiologi serta 'rutin' Imah untuk bertahan dalam melalui waktu waktu sebegini. Tetapi siapa? Lebih penting lagi, sampai bila?

Jawapan kepada siapa, adalah Allah SWT yang menciptakan Imah,semestinya.
Jawapan kepada sampai bila, hanya Yang Maha Mengetahui sahaja tahu.Allahu Allah.

Adakah coretan kali ini bersifat terlalu peribadi?
Tidak pasti. Tetapi Imah yakin ada yang mengalami permasalahan yang sama. Iman dan fisiologi.Atau mungkin Imah sahaja?


Wallahua'lam.
Wassalam.

Thursday, November 4, 2010

Kalah lagi.

Assalamua'laikum.

Imah tak mahu kalah lagi. Semoga malam semalam adalah kekalahan terakhir Imah dalam hidup Imah ini.Izinkanlah ya Allah.

"Focus on what you want, not what you do not want."

InsyaAllah.
Terengganu, here I come!

Friday, October 22, 2010

Siapa tak suka kalau dapat hadiah? ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt..

...cerita 12 tahun yang lepas..(?????..sudah tua..tapi masih muda.heh)

Pada suatu petang, berhadapan pintu pagar sekolah...

Habis bermain bola jaring kat sekolah, kawan kawan Imah tiba tiba secara berjemaah berkeputusan untuk pergi ke satu tempat yang dirahsiakan dari Imah. Bile ditanya, diorang tak jawab. Dan hanya Imah je yang tak diajak. Sedih. Rasa terpinggir. Rasa macam tetibe je diorang boikot Imah. Alah, masa kecik2 dulu kan selalu je...takut orang taknak kawan dengan kita.cuak sebentar bersama Kit Kat walau pon time tu xtaw la dah kenal ke belum Kit Kat nih (ok,merapu). Imah jadi penasaran, kenapa tadi macam main dengan happy je..tetibe diorang taknak kawan dengan Imah? Adakah sebab Imah dah buat silap tadi? Imah akui, Imah memang tak pandai main bola jaring. (sebenarnya sebarang game pon Imah tak reti.) Adakah...? Sedih sangat.. tapi time tu Imah bersangka baik, walaupon rasanya Imah still belum belajar bab bersangka baik dalam tajuk akhlak dalam kelas agama dulu2. (Come to think about it..ada ke?)

Anyway, Imah bersangka baik la...walau pon ditinggalkan sorang2. Dan tanpa seorang pun yang stay dengan Imah.Semua duk pergi mana ntah..Imah betaw diri sendiri.. "It's okay.Maybe diorang ada hal..diorang balik rumah,jalan kaki ramai2 ke.." (lebih kurang macam tu la bunyi nya..dengan harapan dapat menyedapkan hati yang tengah sedih).

Lama gak diorang pergi. Mungkin dah balik kut, rumah diorang ada yang dekat je dengan sekolah....Tak lama kemudian, nampak la diorang. Happy sangat. Nak borak2, senyum2, gelak2 dengan diorang lagi...tapi tahu tak apa sebenarnya yang berlaku?

Diorang berpakat ramai2 kongsi duit belikan kek birthday untuk Imah! Terharuuuuu..apatah lagi mengenangkan time tu kami masih kanak2 riang. Imah sendiri pun tak teringat tentang birthday Imah time tu...Huhu...sangat happy!

Time tu Imah kata kat diri sendiri..."Ini adalah hadiah dari Allah sebab aku bersangka baik tadi.."

Huhu. Masa tu tak tahu lagi erti tarbiyah, tapi rupanya Imah dah pon ditarbiyah. Tarbiyah untuk bersangka baik...Sekarang Imah kena amik pengajaran dari sekolah rendah, sila bersangka baik terhadap orang2 di sekeliling anda, termasuk yang tak berada di sekeliling..yang Imah boleh 'nampak' dan 'jumpa' di Facebook...(Hadoi..)

Bersangka baik ni susah, tapi ia mendatangkan ketenangan dalam hati kita..Harapnya Imah terus istiqamah dalam bersangka baik! ^_^

P/s: Agaknya apa hadiah Allah akan bagi if Imah terus bersangka baik macam dulu2 kan? Kek lagi besar? Huhuhuhuhu....Suke!

Wassalam..

Tuesday, October 19, 2010

Fokus,Masa untuk plan B.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt.

Tuhan yang satu.Tiada sepertiNya.Tiada duanya..
Tuhan yang sama. Di dunia dan di akhirat.Penguasa yang sama.Hakim yang sama.
Tuhan yang sama.Di Adelaide, di Malaysia. Kenapa harus bimbang?

Sepertimana harus berjuang berhabisan demi menghadapi perhitungan hari akhirat, harus juga Imah berjuang sehabisnya di sini melengkapkan persiapan untuk kembali ke Malaysia. Memang ada bimbang..tetapi..Allah yang sama,Allah yang satu.

Allahu Allah..

Harus fokus. Pegang amanah yang diberi. Habiskan urusanmu di sini. Kembali berjuang menyuburkan jiwa jiwa yang dahagakan cinta Tuhan dan RasulNya..setelah selesai urusanmu, serahkan semuanya kepada yang maha satu.

Allahu Allah.

Sekian.Wassalam.

Monday, October 18, 2010

Terima kasih kerana berblog.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt.

Kepada yang berkenaan. Terima kasih kerana berblog. Terima kasih kerana atas coretan kalian, Imah dapat kekuatan semula walaupun pada hakikatnya biological clock Imah dah tunggang terbalik lantas menyebabkan Imah pening dan penat dan tension dan bla3... (tak payah la merapu, Imah).

Sesungguhnya Allah swt jualah yang menghubungkan hati hati kita.

Ya, kita jauh.
Ya, kita mungkin tak kenal langsung satu sama lain.
Ya, kita mungkin tak bergerak atas nama yang sama. (Nama saya Imah)

Tapi hakikatnya tanggungjawab ini yang menggerakkan hati hati kita. Bila Imah rasa penat dan down dan stressed up dan tensed up dan depressed dan bla3....(Berhenti merapu!) , sesungguhnya Allah memberi Imah kekuatan melalui coretan coretan kalian. Allah mengingatkan Imah bahawa Imah yang rugi jika Imah melepaskan tiket berada di atas gerabak ini . Kalian sungguh mantap bergerak dan berusaha, tanpa Imah dakwah ini akan tetap berjalan. Berjalan dan terus berjalan untuk sampai ke destinasi. Semoga Allah menetapkan hati dan langkah Imah di atas jalan dakwah, sebagaimana Allah menetapkan langkah kalian. InsyaAllah.

Walaupun pada hakikatnya Imah takde lah faham sangat pun apa yang dicoretkan dek kerana ayatnya kadang2 terlalu tinggi level sasteranya. Yang mungkin difahami oleh tuanpunya blog sahaja. Tapi Imah faham bahawa apa yang dicoretkan adalah atas dasar dakwah. Kalau sedih, sedih kerana dakwah. Kalau happy, happy kerana dakwah. (Walaupun ada post2 tertentu yang takda kaitan langsung dengan dakwah...huhu)

Berblog lah kalian kerana hakikatnya ada banyakkkk lagi blog2 atas muka internet ni yang langsung tidak mendekatkan kita kepada Allah. Perbanyakkanlah lagi blog2 seperti ini agar mereka2 yang takda blog ataw ada blog tapi bukan untuk dakwah terasa 'tertinggal' kerana blog mereka takda isi pon. Balik2 bercerita soal hati, soal dunia, soal pasangan (yang tak sah), soalan soalan yang takda faedah sangat dan sebagainya. Balik2, ade yang duk promote dosa kat blog sekaligus mengajak orang lain buat dosa sekali. Rugi kak,rugi! (macam la Imah ni betul sangat)

Berbloglah kalian dengan sebaik baiknya yang bergerak atas nama dakwah agar orang orang macam Imah jadi bersemangat nak buat dakwah jugak dan rasa rugi kalau tertinggal.(Rugi Imah, rugi!)

Akhir kata, berbloglah kalian atas nama Allah....

Yes..time will fade us away.
Our energy will slowly move downwards.
We WILL get tired.

But at times like that, remember Rasulullah SAW.
If he had not declined the worldly pleasure, we would not have tasted the sweetness of knowing our Creator, Allah SWT.

Remember the Sahabat as well.
How they have been tortured.
How they have been martyred.
How their love towards Allah and His messenger have taken the place of love for the dunya.
How the only thing they have ever wanted is Allah's love.
And how Allah has granted them their wishes. To be with the Prophet SAW in jannah.

And may Allah be pleased with us.

Hiduplah kerana Allah.Hiduplah dengan dakwah. (Peringatan kepada diri sendiri yang mudah lalai dan penat dan stressed up dan pening dan....berhenti!)

Sekian.Selamat berblog demi Allah.

Wassalam.