Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum
Bahaya. Fisiologi wanita itu merbahaya serta membahayakan wanita itu sendiri. Kelihatannya ia sekadar menjejaskan kualiti kerja serta dalam konteks seorang pelajar, ia menjejaskan pengajian pelajar tersebut mungkin untuk satu atau dua hari, tetapi ia sangat merbahaya kepada iman seorang manusia yang baru belajar menjadi seorang dai'ah. Dan yang paling merbahaya, tidak siapa tahu bila ajalnya akan tiba. Sangat menakutkan, memikirkan ada kemungkinan nyawa akan ditarik ketika iman itu turun. Semoga kita tidak berlama lama apabila berada di lembah itu.
Wanita. Emosi melebihi akal. Cliche kah?
Fisiologi wanita sudah sedikit sebanyak dirungkai, beberapa sifat pada wanita bergantung kepada keadaan fisiologinya pada satu satu masa. Punca yang sama, kesan yang berbeza pada individu wanita yang berbeza. Pada waktu waktu begini, ada antara mereka yang mudah marah, mudah menangis, mudah terasa, makin bertambah seleranya, mula teringat perkara perkara yang menyedihkan dan sebagainya, meninggalkan kaum adam terpinga pinga. Alasan mudah yang diberi wanita pada waktu ini, " Ah, saya sedang PMS! Jangan ganggu saya!".
Bagaimana dengan komponen iman? Sebetulnya, Imah tak pasti, Imah tak tahu. Setelah diperhatikan dalam kehidupan wanita wanita yang ada di sekeliling, rutinnya sama. Apabila waktu itu sampai, memang kesan yang sama dapat dilihat. Kemurungan, kesedihan, marah marah, sakit belakang, bertambah selera makan....dan lain lain. Namun tidak pernah berjaya wanita wanita ini melawan 'rutin' tersebut. Imah sendiri tidak mampu melawan rasa yang timbul mungkin hanya sekali sebulan, yang kesannya sangat menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Persoalan yang masih berlegar, di mana komponen iman dalam hal ini? Kekuatan iman sangat nampak kelunturannya, sehingga gagal melawan 'rutin' yang sudah lama diketahui akibatnya. Trigger nya mungkin berlainan, tetapi kesan masih sama. Adakah iman ini terlalu lemah sehingga diri ini kalah lagi? Bukankah iman sepatutnya mengawal kemarahan kita, dan bukannya fisiologi diri?
Owh Tuhan. Terasa tidak adil, kenapa ada fisiologi sebegini yang mudah menjerumuskan kami kepada perbuatan yang tidak baik dan menurunnya iman? Astaghfirullah. Maha Suci Allah dari sifat sifat yang tidak layak bagiNya. Segala yang ditakdirkannya bukanlah sia sia. Maka Imah sekadar menyeru kepada diri, jadikan rutin ini sebagai 'pengukur' iman dalam dada. Ingin bermujahadah sehingga iman boleh mengalahkan fisiolgi dalam badan. Adakah layak iman itu dikawal oleh fisiologi badan? Macam buat lawak Selatan Afrika.
Ya, Imah kalah lagi. Tapi kekalahan ini sangat merbahaya. Ia berlaku di walau di mana sahaja Imah berada. Tetapi kekalahan seperti ini bakal mencacatkan perjalanan dalam gerabak ini, yang dihubungkan atas dasar iman, lebih lebih lagi kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Imah memerlukan seseorang yang memahami hakikat iman dan fisiologi serta 'rutin' Imah untuk bertahan dalam melalui waktu waktu sebegini. Tetapi siapa? Lebih penting lagi, sampai bila?
Jawapan kepada siapa, adalah Allah SWT yang menciptakan Imah,semestinya.
Jawapan kepada sampai bila, hanya Yang Maha Mengetahui sahaja tahu.Allahu Allah.
Adakah coretan kali ini bersifat terlalu peribadi?
Tidak pasti. Tetapi Imah yakin ada yang mengalami permasalahan yang sama. Iman dan fisiologi.Atau mungkin Imah sahaja?
Wallahua'lam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment