Tuesday, October 12, 2010

Tanggungjawab yang semakin bertambah.Allahu Allah..



Assalamua'laikum w.b.t..

Dosa kamu, dosa Imah juga.
Dosa ahli keluarga, dosa Imah juga.
Dosa Imah, dosa Imah juga.
HABIS TU, MACAM MANA??? Astaghfirullah.
Allah tak menzalimi hambaNya. HambaNya lah yang bersalah sebab tak tegur salah orang lain, setelah dah ada hadith dan dah disebut dalam alQuran pasal amar ma'ruf nahi mungkar.

Ya Allah..banyaknya dosa Imah sebab tak tegur kesalahan orang lain. Memangla selemah lemah iman adalah membenci dengan hati. Tapi sifat taqwa takkan benarkan selemah lemah iman ini! Kerana adanya takwa maka kita takut akan sistem dosa. Bak kata seorang kakak, satu satunya sistem 'multilevel' yang betul lagi 'halal' adalah 'multilevel' dosa dan pahala. Multilevel marketing tu berdosa dan haram katanya. Imah tak berani nak cakap pasal halal atau haram multilevel dalam bisnes ni.Sape2 yang join benda ni, Imah mintak semak dulu statusnya. Tak mau la kan makan duit haram.

Berbalik kepada multilevel dosa. Kalau Imah tak tegur, Imah tak cegah, Imah berdosa sama sekali dengan mereka. Dengan korang. Rugilah kalau dah solat siang malam, puasa bila mampu...tapi berat dosa mengurangkan berat pahala. Rugilah kita semuanya. Surah Al-'Asr ada menyebut. Manusia semuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan berpesan pesan (menasihati) kepada kebenaran dan kesabaran. Betullah tu. Kalau tak berpesan/menegur kesalahan, rugilah Imah sebab sama2 tanggung dosa dengan orang2 yang buat dosa.

Extreme ke? Maaflah. Imah just teringat bahawa di pengakhiran ada 2 yang extreme.

Syurga yang extremely best!!!

Atau

Neraka yang extremely mengazabkan....Nau'zubillah.

Extreme kan? Maaf lagi. Astaghfirullah..

Maka biarlah Imah tak begitahu melalui lisan pun, Imah tetap kena cakap/maklum/bagitahu/remind/tegur....1st sekali kepada diri sendiri, then kepada orang lain pula Insya Allah..bahawasanya...

1) Couple/ada pakwe makwe/ada secret admire/ada minat sape2 (kecuali minat dan cinta kpd Rasulullah atas dasar iman) adalah BERDOSA.
(Peringatan kepada diri sendiri : LUPAKAN KAREEM ******! adoiiii....)

2) Tak tutup aurat adalah berdosa

3) Berburuk sangka pula mendekati dosa.

Maaflah. Imah tak reti menulis dan menyusun ayat. Nak buat secara berhikmah, tapi Imah tak pandai jugak. Tapi kalau tak buat, Imah jugak yang berdosa. Maaf. Seriously, maaf.

Maaf jugak kerana sebelum ni, Imah tak tegur kesalahan kenalan2. Tu sebab iman Imah lemah, bukan sebab Imah tak sayang korang. Imah mintak maaf jugak. Sebab Imah bukan sahaja biarkan korang terus buat salah, malah Imah pun pernah mendorong korang buat salah.Astaghfirullah....Dosa Imah dah banyak, Imah taknak tambah lagi. Maaflah..seriously, Imah bukan tak sayang korang. Allah lebih tahu betapa Imah sayang korang.......

Allahu Allah. Cukuplah Allah bagi kita semua.

Mintak maaf kalau tersilap. Mari istighfar sama2... Bukankah..Allah akan ampuni kita kalau kita beristighfar? Allahu Allah.

Astaghfirullah.

Haih.Baiklah. Imah mintak maaf sekali lagi..atas semuanya.
Nak kena siapkan MM plak ni. Jumaat ni ada PP test. Tapi Imah tulis gak entry ni sebab Imah takut Imah mati sebelum Imah sempat bagitahu apa yang Imah sepatutnya bagitahu. Imah bukan baik pun, Imah sebenarnya bimbang kalau dalam time nak gi skolah nanti Imah mati, Imah mati dengan dosa multilevel tersebut. Aiiiii...

(kalau ada soalan, kenapa Imah tak tegur kesalahan lain? Ada la tu sebabnya.Mungkin belum masanya...mungkin)

Sekian.Mari rajin belajar.Semua rindu family kan?

Wassalam..

Jangan la macam ni.

Assalamua'laikum.

Wahai diri. Jangan la down dan stress sehingga menyebabkan jus gastrik dirembes dengan hebatnya. Jangan la.Jangan la.Jangan la.

Allah kan ada ^_^

Allahu Allah. Alangkah manisnya mencintaiMu.
Allahu Allah. Ampunilah aku.
Allahu Allah. Indahnya rasa ini.
Allahu Allah. Tiada yang setanding denganMu.
Allahu Allah....mohon jangan tinggalkan aku... =(
Allahu Allah. Jangan jadikan aku sebahagian hambaMu yang rugi.

Allahu Allah.....
Kau tahu tiada lafaz lain yang mampu kusebut untuk menyatakan segalanya selain Allahu Allah..Sememangnya tiada yang sepertiMu.

Imah chan! Sila study. Jangan la macam ni. Wokey darling?
... T_T

Wednesday, October 6, 2010

Peringatan buat diri sendiri (4)

Assalamua'laikum wbt.

Sesungguhnya orang orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar
Al-Mulk ayat 12
It is self self-explanatory isn't it?
Peringatan buat diri sendiri. Terkedu bila membaca terjemahan ayat ini. Sebab rasa nak muntah bila teringat keburukan dan jahiliah dalam diri. Specially bila duduk dalam bilik sorang diri. Apa dibuat, bukan orang tahu. Ntah dihias pahala, atau bersulam dosa. Susah sungguh nak lawan nafsu. Then, teringat lagi...

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu (40) Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya (41)


AnNaziat ayat 40-41
Hawa nafsu yang dikekang.Dilawan.Ditundukkan. Maka Syurgalah balasannya.

Susah.Tapi tak siapa kata syurga itu mudah. Haih.

Sekadar memperingatkan diri sendiri. Mari tundukkan nafsu.

" Kejahilan amat mudah dirawati. Tetapi mengikut hawa nafsu selepas berilmu adalah bencana jiwa yang rawatannya perlu kepada jihad yang payah dan lama"

m/s 169.

Pendek kata, tahu tapi tak buat. Contoh : Tahu membuang masa dengan menonton rancangan yang tak berfaedah itu salah dan merugikan tapi susah benar nak berhenti. Owh jiwa. Susah kan? Ya. Dan jihad itu PAYAH dan LAMA.. Padanlah balasannya syurga (jika Allah berkenan). Samalah juga,dah ada 2 ayat (ada banyak lagi sebenarnya) yang bercakap tentang hawa nafsu, still tak mampu lawan sebab rendahnya iman dan taqwa dalam jiwa. (mintak jauh)

Motivasi diri di kala seorang diri.



P/s : Kalau malas, tu memang kompem lah nafsu kan? Hurmmmmmmm... (seerah x abis baca lagiiii...)

Ok, bila bersendiri jom tunjuk kat Allah (yg sememangnya Maha Tahu) bahawa kita mengekang nafsu demi taqwa kepadaNya!

Peringatan buat diri sendiri (3)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum..

“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)





Wassalam

Sunday, October 3, 2010

Senyumlah wahai cinta..

Assalamua'laikum w.b.t...



(Sila klik 'Play', jangan tonton dahulu, sila teruskan pembacaan)







Dari Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a khadam kpd Rasullah s.a.w,sabdanya : Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Riwayat Bukhari dan Muslim.


Kali ini, Imah menulis dengan satu perasaan. Namanya cinta.


Imah ada seorang sahabat. Orangnya cukup manis. Indah bicara dan tingkahnya. Suka kepada keindahan sepertimana Allah senang kepada keindahan. Senyuman jarang lekang dari bibirnya. Kadang kadang sukar sekali Imah mentafsirkan senyumannya. Dalam hatinya, Imah tahu ada beberapa waktu yang dia sekadar menyembunyikan permasalahan yang bersarang dalam benaknya, yang bermukim jauh di lubuk hati mulusnya. Dan kadang kala Imah tahu senyumannya bukan datang atas kesenangan hatinya, tetapi untuk menjaga hati orang lain.

Imah senang apabila kami berbicara tentang perkara yang membasahkan jiwa. Tentang dakwah, tentang cinta kepada agama. Imah senang bila dia berbicara tentang perasaan, tentang tarbiyah, tentang keluarga. Imah senang dengannya, walau Imah tak pasti samada dia senang dengan Imah. Kami masing masing sedar kami ada ketidaksempurnaan. Dan atas dasar ukhuwah, kami berlapang dada.

Imah cukup suka bila Imah terasa sayang kepadanya. Membuak buak perassan cinta Imah kepadanya. Ada waktunya terasa 'jealous' apabila dia rapat dengan orang lain, tetapi Imah akhirnya tergelak sendiri. Ah, sifat posessive yang belum dikikis sepenuhnya. Masih dependent kepada yang lain. Yang pasti, dia lah teman Imah. Susah atau senang.

Hatinya cukup lembut, mudah tersentuh. Jiwanya segar dengan cinta dan semangatnya kepada dakwah. Cukup hebat jiwanya. Dia kelihatan semakin kental menghadapi ujian dalam sebuah cerita kehidupan. Walaupun katanya masih banyak kelemahan, cukuplah jika tingkahnya memberi kekuatan kepada Imah pula.

Wahai cinta, ku doakan untukmu.Segala bentuk kekuatan, segala bentuk kasih dan sayang. Segala bentuk kejayaan. Jangan lupakan daku wahai cinta. Dalam doamu, dalam senyummu,dalam nangis dan tawamu.

Semoga Allah memilihmu.


Saturday, October 2, 2010

Surah At-Taubah : Ayat 46

Assalamua'laikum w.b.t

Surah At-Taubah: Ayat 46 yang bermaksud

Dan jika (orang orang munafik) mahu berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan (kepada mereka), "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu".
Imah menyerahkan segala penafsiran yg benar kepada alim ulama sahaja untuk ditafsirkan ayat ini..cuma teringat ayat ini pernah digunakan oleh seorang ustaz untuk memperingatkan kami.

Jika kita merasa berat untuk ke program program agama, atau ke majlis majlis ilmu sebaliknya lebih senang untuk berehat rehat di rumah tapi cukup bingkas menyahut ajakan ke tempat tempat yg melalaikan dan menjauhkan dari Tuhan, tanyalah pada diri...benarkah kita yang tak mahu pergi atau Allah s.w.t yang tak mahu kita pergi? Dan akhirnya jadilah kita sebahagian 'mereka yang tinggal'.

Tidak bermaksud untuk berkata hal ini kepada sesiapa, cuma inilah ayat yang mengetuk ngetuk hati Imah, ayat yang mengikis bisikan syaitan di dalam diri...yang membuatkan Imah bingkas menyahut seruan ke arah majlis majlis di mana malaikat melebarkan sayapnya.

Maha Suci Allah, sama sekali Dia tidak memerlukan sesiapa di antara manusia yang lemah dan lalai ini menyembahnya. Namun kerana rahmat dan kasihNya, tidaklah Dia mahu menzalimi makhlukNya dengan membiarkan mereka (baca : kita) terus berjalan atas muka bumi tanpa arah tujuan dan ilmu tentang alam akhirat yang sebenarnya. Dan di atas ketidaktahuan itu menjadikan kita hambaNya yang terus lalai dan melakukan dosa, maka layaklah kita merasa bahangnya neraka itu. Maka diutus para rasul dan diturunkan kitab kitabNya yang lain selain AlQuran. Setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w) yang mulia, ada para sahabat,tabi'at dan tabi'in menyambung kerja dakwah menyampaikan hakikat akidah, menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar. Cukup ikhlas mereka bekerja. Dan disambung oleh para pendakwah samada yang bergelar ustaz, doktor,jururawat, jurutera, ahli farmasi, guru, doktor pergigian, jurujual, tuan guru atau pelajar seperti yang kita lihat pada generasi ini.

Malangnya bila sampai kepada kita..apa yang dijawab?

Ada yang menyahut
Ada yang menolak
Ada yang segera jatuh cinta
Ada yang memerlukan masa untuk merasai kemanisannya
Ada yang meminta masa memikirkannya

Sesungguhnya Allah adalah pemilik hati hati ini. Jika Dia berkenan, akan mudah bagi kita menerimanya. Jika tidak, sampai bila bila pun kita hanya akan bermain main dalam pegangan kita yang tak seteguh mana. Tanpa ada hasil, tanpa ada kerja/perbuatan yang menzahirkan pegangan kita sejelasnya. Perlu diingatkan, kita tidak tahu Allah berkenan atau tidak..maka jika kita rasa ....jauh dari Allah, cepat cepatlah dekatkan diri kepadaNya dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang menambah pengetahuan tentangNya. Maklumlah, tak kenal maka tak cinta.

Dan tidaklah penulis ini bersih dari dosa, dosa yang telah dilakukan ada ditutupi Allah supaya mudah untuk bertaubat. Astaghfirullah.


Kali ini coretan ini bernada sayu. Dengan penggunaan perkataan yang formal (skema), menambahkan basah perasaan yang ada. Mungkin tidak menarik hati hati mereka yang sekadar membaca untuk ......sekadar membaca.Maaflah, Imah tidak cool. Imah boleh cuba untuk jadi 'cool' tapi hakikatnya jika Allah tak redha..

Akhir kata, tak kenal maka tak cinta. Kenalilah Allah (swt) dan RasulNya (saw) untuk mencintai keduanya.

Sekian, wassalam.

Semoga bermanfaat.

Assalamua'laikum w.b.t.. imah sekadar mengcopy paste dari blog seseorang.

Peringatan yang first sekali ditujukan buat diri. Semoga bermanfaat.

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja,
Tarbiyyah Bukan Untuk Orang Yang Malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-Yang cepat mengalah,
-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air=cond dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah."

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.