Tuesday, August 16, 2011

The F word. Isshh!

Assalamua'laikum wbt...

Semua tak suka kalau dengar the 'F' word. Semua takut. Semua gerun. Semua bimbang, cuak. Tetibe macam ada rama rama dalam perut bila dengar 'F' word ni,padahal puasa. Memang patut cuak pun. Memang patut bimbang pun. Dan bukan sekadar rama rama, patut ada gajah dalam perut, lebih lebih lagi time tengah puasa ni, bila dengar 'F' word ni.

Apa yang Imah merepek ni? F, untuk futhur. yup. Futhur. haaa...takut kan? bagus.


Pengalaman BFG.

Setiap orang berbeza. Futhur itu adalah satu pilihan yang amat mudah. Mencari keberlangsungan amal dalam dakwah menjadi semakin sukar dengan limitasi setiap insan berbeza. Apabila BFG, kita diuji dan akan hati kita akan ditanya, inikah apa yang kita hendak? Setiap hamba Allah yg melalui tarbiyah berbeza jawapannya. Ada yang tak perlu tanya, dah nampak atas dahi tertampal jawapan, "NAK!NAK!". Ada yang sempat ditanya, dan jawapannya terus keluar, "NAK!". Ada yang lambat sikit ditanya dan menjawab "Nak.". Ada yang ditanya terus, nak ke tak dan die menjawab, "nak, tapi.....". Dan lain lain. Waktu itu kita akan sedar, samada kita 'bekerja' selama ini adalah atas kehendak sendiri atau...? Dan lain lain.

Adaptation is crucial.

Fahamilah bahawa, apabila kita pulang, kita berada di satu environment yang berlainan pada waktu kita diperkenalkan kpd T n D.
Fahamilah bahawa, mudah untuk larut, hanyut dan tercicir di laut yang tidak tahu pasang surutnya ini.
Fahamilah bahawa, ini adalah satu perkenalan kita kepada ombak, sebelum kita cuba berenang di dalam arusnya.
Fahamilah bahawa, cara kerja kita berbeza. Dahulu dan sekarang.

Oleh itu, adaptation is crucial.

Seperti yang Imah katakan, semua orang berbeza. Dan Allah akan tunjukkan kepada kita, di mana kita sepatutnya berada, dengan menurunkan ketenangan dalam hati apabila kita telah memilih suatu jalan. Dan waktu itu kita tahu, apa yang hati kita benar benar mahu. Semoga kemahuan kita itu adalah selari dengan keredhaan Allah swt.

First thing to do bila sampai Malaysia?

(Lepas da agih agihkan buah tangan, da puas peluk, cium ahli keluarga, anak sedara, dah puas pillow talk dengan kakak/adik, dah puas tgok bilik tercinta, dah puas menatap set sofa yang hampir lunyai dilenjan suatu ketika dulu, da puas pandang kipas dan lampu baru, da puas komen langsir dan perhiasan dalam rumah, dah puas komen kenapa ada barang sepah sepah, dah puas menghirup udara dalam rumah sendiri, da puas golek golek atas katil sendiri, da puas buat order kat mak, menu apa kita nak masak esok,lusa,mggu depan, bulan depan, cat kaler apa nak ka..erk..raya nanti...sampai da naik bosan..maka, sila ingat ini..) :-

Ukhuwwah is one MAJOR,BIG,HUGE,ENORMOUS factor yang membantu kita dalam T n D. Sila pasang network cepat cepat. Dan sila dapatkan lesen kereta cepat cepat. (kes Imah,padan muka). Blogs are important as well. Trust me. (But make sure u choose the right one). Reintroduce yourself to your family member. They would slowly understand that usrah is a part of your life. Be a better person, susah tu. Mujahadah berterusan.

Actually, it's not the first thing to do. It's something you have to do. ALL the time. There's no formula for this, do this, do that. The only thing that you must do, is believe in yourself and put faith and trust in Allah swt that this is the right path. Allah will surely guide you. He did that to me. And I believe He would do the same to you.

Pertarungan paling hebat adalah bertarung melawan nafsu. Jika pernah kalah sekali, berjuanglah untuk tidak kalah lagi. Ujian setiap orang berbeza, mengikut imannya. Berjuanglah para sahabat. Hingga janji Allah itu terlaksana. Dan bila masuk alam perkerjaan, ujian makin hebat, disertai peluang beramal yang melimpah limpah. Belajar untuk adapt sebelum 'tackle' mad'u. Tackle mad'u, bukan tackle madu. heh.

Memetik kata seorang akh, " Futur adalah kehendak. Sbb futur bukan berlaku secara natural dan bukan pula dalam keadaan tidak sedar.dia berlaku sbb org itu sendiri yg memilih untuk futur." (Dush!)

Buat Cahaya Kemegahan, Imah jawab kat sini aje, boleh? Semoga bermanfaat buat lain lain juga, i.Allah.


P/s: Seriously, ini cuma coretan untuk perkongsian. Moga tidak menilai penulis melalui blog ini. Penulis hanyalah hambaNya yang lemah iman, nipis kesabaran, tidak kuat iltizam dan tidak pula pandai dalam bermacam macam perkara. Doakan semoga 'F' word tidak menjengah dalam kehidupan kita sehingga kita mati.

Ok. Wassalam.



No comments:

Post a Comment