Wednesday, August 3, 2011

Berselerak. Vacum hati untuk malam ini.

Assalamua'laikum wbt..

Dalam diam,
Sebelum sebuah senyuman,
Melirik bibir,
Kejengkelan terukir.

Dalam sedar,
Aku menipu,
Menipu siapa,
Aku pun tak tahu.

Dunia ini hanya persinggahan,
Alam baru ini hanya sebahagian dari perjuangan,
Ah, memang kelemahan adalah suatu ketetapan,
Tetapi bersamanya dikurniakan secebis kekuatan.

Rindu itu berlagu kini,
Dalam hingar, aku bersendiri,
Sebelum tawa, hadirnya hiba,
Sebelum kata, terciptanya rahsia.

Rindukan teman, inspirasi kekuatan,
Rindukan suasana, menidakkan kejengkelan,
Rindukan Semaphore yang tak pernah aku lupakan,
Rindukan alam yang menjadikan Jannah itu impian.

Ku pingin teman yang mendengar,
Yang memahami dan jauh dari kepekatan hitam ini,
Ku pingin mereka yang sudi memberi pendapat,
Setulus ikhlas, tanpa niat yang jahat.

Aku hilang dalam masa,
Masa yang diciptakan Maha Kuasa,
Owh Ummi, aku rindu,
Owh Ummi, tiada lagikah kamu?

Dalam kecewa, aku terus hilang,
Dalam tawa, aku mengundang kecelakaan.
Benar,kecewaku teguh,
Tetapi bukankah kasih sayangMu maha utuh?

Dalam dalam,
Nafasku kutarik,
Perlahan lahan,
Nafas itu ku hembus.
Ya Tuhan, betapa nikmatMu tak terhitung..

Diam.
Dunia di sekelilingku diam.
Tiada jawapan.
Mungkin kerana aku yang tidak pernah melontarkan soalan.


Allah....


Salam Ramadhan buat kalian yang aku rindu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment