Sunday, March 27, 2011

Tak muda. Makin tua.

Assalamua'laikum wbt.

20 tahun dari sekarang, mampukah kita memaafkan diri sendiri atas keputusan yang diambil pada umur sekarang?

Siapa kita sekarang boleh menjadi faktor kepada di mana kita berada 20 tahun akan datang. 20 tahun dari sekarang, apa yang ingin dikecapi? Secara standardnya..

1)Kerjaya
2)Keluarga
3)Harta
4)Amal...?
5)??

20 tahun akan datang, adakah yang rancak berdakwah akan terus kekal berdakwah, atau telah disibukkan dengan kerjaya, keluarga dan harta?

20 tahun dari sekarang, adakah yang tidak bertudung akhirnya menjadi pendakwah?

20 tahun dari sekarang, adakah anak anak ikan (orang la kan, takkan ikan nak gi berdakwah) akan tunduk pada arus lautan dosa dan meninggalkan apa yang diperjuangkan selama ini?

Jika tidak mampu memutuskan apa yang ingin dikecapi pada 20 tahun akan datang pada saat ini, maka bila lagi?

Pada umur 20 an, jika masih belum memilih jalan mana yang ingin diikuti...bila lagi mahu mula bekerja untuk umat? 30? 40? 50?

Pada umur 40 tahun, mungkinkah monolog ini berlaku?

"Kenapalah aku tak stick je dengan apa yang aku buat dulu? kan dah susah nak pusing balik..."
"Kenapalah aku just ikut je orang yang tak berminat pun tentang erti sebenar penciptaan kehidupan? Kenapa aku berpaling?"
"Kenapalah aku berhenti berfikir tentang umat semasa aku masih muda?"
"Kenapalah aku jadi manusia yang lupa tentang Syahadatul Haq padahal aku dah diberitahu tentang ni dulu..."
"Kenapalah aku kawen dengan mamat nih?"

Ok...yang last tu macam pelik. Tapi itu pun boleh jadi sebahagian dari hakikat. sebab ia mungkin diikuti...

"Sekarang dah tak boleh nak join usrah dan bergerak sebab dia tak faham dan dia tak izin..haih..anak anak aku macam mana pulak ye?"

Mungkin Imah terlalu berfikir tentang 20 tahun akan datang. Tapi Imah mendapati sukar untuk membayangkan diri Imah merasa jealous kepada akhawat yang sangat aktif bergerak, yang otaknya berfikir tentang ummat 24/7. Yang merasa indahnya memusatkan hidup mengharap redha Allah semata mata.Imah takut monolog di atas menjadi monolog peribadi Imah...

Kadang kadang orang melihat kita bercakap tentang umat. Berpidato tentang cara menyelamatkan ummat. Gebum sana. Gebam sini. Tapi akhirnya kita jadi lupa. Lupa tentang Allah. Lupa menghargai kasih sayang, cinta Allah. Lupa memikirkan asma' Allah, yang menceritakan sifatNya yang Maha Sempurna, sesuai dengan sifat Maha Suci dan Maha Tinggi Nya.

Lupa untuk mencari nikmat dalam kekhusyukan solat. Lupa betapa bestnya merasakan Allah ada bersama. Lupa betapa tenangnya hati apabila dengan yakin, mampu berdoa supaya lulus ujian memandu tanpa berfikir samada Allah akan memakbulkan doa pendosa seperti kita dek kerana dosa yang sama diulang setiap hari. Lupa tentang jenaka Rasulullah S.A.W. Lupa tentang makanan kegemaran ibu dan ayah. Lupa tentang riadhah dan cinta kepada alam.

Ya. Kita jadi lupa.

Kadangkala bukan terlupa, tetapi sengaja melupakan. Mungkin bukan kita. Mungkin Imah sahaja.

Mungkin Imah sahaja.
Selamat berpuasa bagi yang berpuasa esok!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment