Monday, March 28, 2011

5 minit je.

Assalamua'laikum wbt..

Berikut adalah antara respons terhadap post yang ditulis oleh Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA. Link post dia : http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/04/persoalan-kenapa-melayu-dalam-perjuangan-islam/

Responsnya plak tertaip begini :

Jzkk ustaz. Ana merasa tersentuh dgn artikel ini.

Berada di bumi New Zealand ini, pelajar2 Melayu merupakan kelompok yg boleh dikatakan majoriti. Dan di University ana sendiri, pelajar2 Melayu menguasai bidang2 professional spt perubatan, farmasi dll. Alhamdulillah. Berbekalkan tarbiyah, kami bertemu dgn saudara2 seislam dari pelbagai bangsa dan merasakan ukhuwwah yg amat indah. Buat pertama kalinya, setelah keluar dari kepompong Malaysia, ana merasa bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu kerana dlm kelompok Muslim di New Zealand ini, kami dikenali melalui bangsa dan asal kami. Buat pertama kalinya, ana mendengar saudara2 seislam lain memuji kami dengan menyebut ‘The Malay sisters or brothers’ (Saudara/Saudari berbangsa Melayu!).

Buat pertama kalinya ana merasa kita semua, bangsa Melayu amat bernilai dan memainkan peranan penting dalam kebangkitan Islam apabila di sini, kami seringkali diberi kepercayaan untuk memimpin dan menggerakkan persatuan Islam di sini. Bila kami merendah diri kerana merasakan saudara2 berbangsa Arab lebih layak, mereka berkata ‘ The Malays have a good quality of leadership (Org2 Melayu memiliki kualiti kepimpinan yg baik sekali). Alhamdulillah! Alhamdulillah! Bukan pujian yang dicari, tetapi jatidiri yang bangkit dari sini telah membawa impak besar dan positif sekali dalam diri kami. Kami tidak lagi percaya bahawa org2 Melayu lemah, malas atau mundur. Kerana kami telah berada di sini, dan kami tidak malas, tidak lemah, tidak mundur malah kami diberi kepercayaan kerana kami adalah bangsa Melayu yang dimuliakan dengan Islam!

Kalau di Malaysia, kita semua muak mendengar orang Melayu sendiri mengutuk dan merendah2kan bangsa sendiri, di sini kami diberi kepercayaan dan dilihat sebagai bangsa yang berpotensi untuk memimpin ummat! Mengapa tidak kita kibarkan rasa mulia kerana berbangsa Melayu, kerana Melayu sendiri telah sinonim dengan Islam. Seperti kata Umar, ‘Kemuliaanku kerana Islam’. Begitulah kita, kenapa kita ingin mengibarkan semangat Melayu?Kerana bangsa Melayu mulia dengan Islam. Adakah kita bersifat asobiyah melampau?Tidak! Kalau kami di New Zealand mampu melihat rasionalnya, mengapa tidak di tanahair sendiri, yg memangnya bumi asal Melayu dan pernah dikenal sebagai Tanah Melayu?

Allahu’alam




Yeah. Less than 5 minutes dah dapat letak post yang panjang macam ni. senang bukan? Sekarang, yang tukang baca post saya ni plak yang akan amik masa menghadam apa yang tertera, sepertimana saya dgn fokusnya cuba menghadam artikel yang ditulis oleh Ustaz Abdullah ni tadi. Baru la lebih dari 5 minit!


Selamat menghadam! Nyam nyam!


Wassalam




No comments:

Post a Comment