Monday, August 23, 2010

Sendiri.

Assalamua'laikum.

Sendiri.
Malam terasa sunyi.
Mata bagai digenangi kenangan.
Masa depan yang masih tak pasti.
Aku sunyi dan sendiri.

Banyak di fikiran.
Tiada satu pun aku tahu maksud dan jawapan.
Oh bulan.
Kerana aku ingin bercerita.

Oh Tuhan,
Aku tidak luka.
Cuma iman yang rabak dan terkoyak.
Menjadikan yang hina semakin lara.
Maha suci Engkau.
Tidaklah layak ibadah yang tidak sempurna untuk sampai kepadaMu,
Wahai Dzat yang Maha Mulia.


Menolak al hawa' yang sudah lama menjadi raja.

Dan katakanlah: “Yang benar telah
datang dan yang bathil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu
adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS. Al-Isra`: 81)

Yang haq sudah datang. Jangan ya Allah, kau jadikan kelemahan imanku sebagai sebab untuk menghalang haq itu melenyapkan kebatilan yang beraja dalam diri.

1 comment:

  1. salam kak imah...
    salam ziarah..xtahu pun akak ade blog jugak..=)

    ReplyDelete