Wednesday, August 11, 2010

Lalang

Assalamua'laikum w.b.t

Aku hanyalah lalang
Aku hanyalah lalang
Hai,aku lalang
Aku benar benar seperti lalang
Tahukah kalian akan lalang?

Apa lalang pada mata manusia?
Apa khidmatnya?
Apa gunanya?
Bernilaikah ia?

Dan bulan yang penuh barakah datang lagi.
Dan ia berlalu saat demi saat.
Bernilai,penuh,sarat dengan keberkatan,kemuliaan pemberiaan yang Maha Mulia.
Berlalu ia tanpa mempedulikan lalang ini.

Wahai lalang, mampukah kau bertransformasi kepada padi?
Kau sepertinya tak mungkin menjadi pohon durian.
Kau langsung tiada bayang pohon rambutan.
Kau lebih kecil nilainya dari lalang..
Jika bukan kau adalah seorang Muslim..

Sekurang kurangnya lalang,
Adalah rezeki belalang,
Kalau ia tidak menjadi rezeki makhluk lain.
Dan lalang..berfungsi menghembuskan oksigen untuk disedut para makhluk yang entah bersyukur, entah kufur..
Dan untuk 'lalang' seperti aku.

Oh lalang.
Terasa malang bagi lalang kerana aku menyamakan lalang dengan diri yang 'kureng' ini.
Wahai 'lalang', cepatlah teguh.Bukankah janjimu semalam...
"This Ramadhan, I will change my life"?

Kesian lalang,maafkan aku.
Benar benar tak berniat memperkecilkan nilaimu.

Lalang sayang,jangan sedih ye?

Wahai Tuhan,
Tetapkan langkahku.Maafkan aku.
13 tahun Rasul s.a.w menanam akidah dalam jiwa para sahabat.
Aku...belum berusia 2 tahun dalam menjejak kesan.Takkan mengalah.
Akan kutunggu.
Akan cuba berhenti menjadi lalang sebelum ajal menjelang..


Wassalam.

No comments:

Post a Comment