Wednesday, January 19, 2011

Peringatan buat diri sendiri (6)

Assalamua'laikum wbt..

Berani berani saja kau berpaling,
Tegar saja kau bermimpi,
Tetapi membiarkan amalmu menghancurkan mimpi sendiri..

Tegar saja kau biarkan mimpi dan iltizammu berkecai.
20 tahun dari sekarang, mampukah kau memaafkan dirimu sendiri?

Wahai diri,
Lebih dari kebanyakannya aku tahu,
Bahawa kau tidak ada kekuatan.
Kau tidak ada kesediaan.
Meninggalkan 20 tahun yang berlalu,
Untuk mula mencoret kisah hari esok,
Yang kau harapkan dibayangi kasih Tuhan.

Kau tidak yakin dengan diri sendiri,
Untuk menghadapi ujian,
Yang kau tahu pasti menimpa seorang yang telah berjanji.

Tidak semudah bicara,
Itu katamu,
Setelah kalah dalam pertarungan setiap hari,
Kecewa dengan kelemahan diri.

Semalam itu tidak hilang dari kisahmu,
Namun kau cuba untuk tidak bertoleh,
Kerana ia menimbulkan kesedihan kepadamu,
Tapi kau tahu..lebih dari segalanya kau tahu,
Hari semalam yang mendatangkan sesalan disusuli keazaman,
Adalah juga semalam yang ditakdirkan Tuhan,
Dan satu bentuk rahmat dalam ujian dan kegagalan.

Maka dengan namaNya,
Dengan sifat mulia dan suci, sesuci layaknya Ia,
Bersangka baiklah,
Dan teruskan memohon.

Adukanlah semua kepada yang Maha Mendengar,
Apa kau kira Dia tidak menyayangi dan mengasihani hambaNya?
Jangan menfitnah yang Maha Suci itu.


Usah bimbang jika tersungkur,
Selagi kau tidak berpaling dari jalan ini..

Tetapkanlah hatiku, wahai Tuhan pemilik jiwa.

Memujuk diri..lagi.

No comments:

Post a Comment