Tuesday, November 24, 2009

Sedikit pening..

Bismillahirramanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t..

Inilah hakikatnya.Pening.Imah pening membaca itu dan ini.Salah sendiri sebab tak pernah ada usaha mencari ilmu,malas mengkaji ilmu agama.Perkataan mengkaji itu semacam x sesuai untuk Imah guna,seolah olah ada yang tidak lengkap tentang agama,sedangkan agama itu sudah lengkap.Maka perkataan yang lebih sesuai adalah mendalami dan memahami agama.Ya,itu lebih tepat.Hakikatnya Imah malas mendalami ilmu agama.Tetapi untuk mendalaminya tak boleh dibuat sewenang wenangnya,tanpa ada panduan dari seorang guru.Bukankah kalau belajar sendirian,ada kemungkinan akan belajar dari syaitan? We never know,do we?

Maka apa yg memeningkan Imah?Permasalahan umat,itu dan ini.Tiba2 perihal mazhab,pendapat ulama',peribadi si fulan dan si fulan hangat dibincangkan.Ada bau emosi dapat dihidu.Perbalahan dan perpecahan boleh berlaku dalam umat.Tidak cukup dengan hal Sunni dan Syiah,hatta dlm negara Palestin sendiri ada perbalahan dan perpecahan.Ditambah pula ada perbalahan antara hal bermazhab.Sungguh,Imah yakin Baginda Rasullah pasti bersedih melihat keadaan kita.

Tidak.Imah tidak layak bercakap dan menyentuh soal ini memandangkan ceteknya ilmu,lemahnya iman dan dangkalnya akal apabila tiba tentang permasalahan agama.Imah tak pernah layak.Sekadar habis mendalami ilmu agama di tingkatan 5,Imah sememangnya tidak layak bercakap tentang soal ini.Tetapi permasalahan inilah yang memeningkan Imah.Permasalahan mazhab.Si fulan berkata A, another si fulan berkata B.Kedua duanya dihormati lagi disegani.Berhujah dengan pelbagai dalil bersandarkan Al-Quran dan Sunnah,tapi mungkin ada perbezaan pendapat.Tapi Imah bukan mereka.Dan Imah setuju sekiranya perbahasan dan kekhilafan antara para ulama' kekal menjadi rahsia antara mereka.Jangan dipeningkan orang yg kurang berilmu seperti Imah ini.Di luar sana ada ntah berapa juta lagi Imah.Dan semua ini menambah kepeningan dan kekusutan Imah apabila menyentuh tentang agama.Apa yg Imah bebelkan ini?Tidak lain selain isu Dr. Asri a.k.a Dr.MAZA..Aiii..pening2..

Subhanallah,ada hikmah di sebalik kepeningan yang melanda ini.Ada hikmah di sebalik kekacauan minda yang mengkocak pemikiran dan ilmu agama dalam jiwa Imah.Ada pengajaran disebalik kes yang berlaku selepas penangkapan individu tersebut.Imah mula sedar,betapa kurangnya ilmu dalam dada Imah.Imah bercita cita mendalami lagi ilmu tersebut,bukan sekadar bertaklid.Kalau ingin bertaklid,Imah harap Imah dapat mengetahui mana datang hujah dan dalilnya.Tapi Imah sedar betapa hal ini memerlukan komitmen dan sokongan.Kekuatan dan kebenaran.Dan sudah pastinya tunjuk ajar yang betul dari seorang guru yang ikhlas.Jauh di sudut hati,Imah berdoa agar bertemu teman yang sama2 ingin mempelajari ilmu ini.Dan moga ditetapkan kami di jalan yang lurus.Amiin.

Imah mengucapkan ribuan terima kasih pada seorang sahabat yang sudi meluangkan masa,menjelaskan dgn panjang lebar tentang isu ini.Walaupun pada asalnya Imah tidak memahaminya,tapi atas usaha beliau Imah mula memikirkan tentang hal ini.Betapa semua ini penting dalam kehidupan sehari hari dan betapa hal itu membawa perpecahan dalam umat Islam..Ya Allah,satukanlah hati2 kami..Dan kalungan terima kasih itu,biarlah Imah salurkan dan hadiahkan kepadanya dalam doa Imah yg terpanjat kepada Allah s.w.t Pemilik alam semesta,Rabbul A'lamiin.

Ya Allah,kurniakanlah aku kesempatan..Dalam mencari jalan kearahMu ya Allah..

Sekian,wassalam.

Tuesday, November 17, 2009

..

Lepas menangis,rasa hati lebih tenang.Tapi rasa xleh berhenti menangis pula..ya Allah..

Aku ingin bercerita tapi tiada yg ingin mendengar,
Aku ingin meluahkan,tapi di suruh diam pula,
Aku benar2 bimbang,tapi disisihkan,
Aku ingin berkongsi tapi ditolak ke tepi..

Akhirnya aku ke katil,dgn mata yg bengkak..
Quilt cover ku basah,
Bantal kecilku pun sama malangnya,
Teresak esak sendirian,
Tercari cari seorang kawan..
Terasa aku ramai kawan,tapi ntah kemana menghilangnya kalian?
Aku bercerita kepada Tuhan,
Tapi aku x pasti dalam menunggu jawapan..
Bukan tidak yakin,mungkin ini salah lemahnya iman..

Kepala terasa berat,
Hati terasa sarat,
Mata yg masih bengkak,
Semangat yg masih tidak tetap,
Jiwa yang masih bernanah..
Semalam yang hilang.

Ntah apa yang patut aku fikir,
Mungkin aku.Mungkin hanya aku..
Ya Allah...Ya Allah...

Jentera,bergeraklah..tolong bergerak.

Tuesday, November 10, 2009

Ermm..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t..

Ermmm..xda apepon yg nk dicoret.Cuma mengutip semula bait2 perbualan Imah dgn Kak Erin masa terjumpa kat Woolsworth petang tadi sedang membeli barang2 keperluan,saat Imah sudah kekeringan tenaga dan kekuatan untuk menyumbat fakta2 kehidupan..
lebih kurang mcm ni bunyinya..

K.Erin : Awak tak ada pilihan.Awak kena usaha double,malahan tripple berbanding mereka!
Imah : Ermmmmmmmmm... (dalam hati : teruknya..byk tu kna usaha!)
K.Erin : Xleh nak buat ape dah.Tu je caranya!
Imah : .....( Imah tak ingat Imah jawab ape lpas tuh..huhu)

Hurmmm..2 3 kali ganda lbih usaha berbanding mereka??

Ermmm...2 3 kali ganda lebih pahala?? USAHA!!

Baik!! Get out of ur comfort zone!3 days to go.

wassalam.



Friday, November 6, 2009

Kalau sayangkan masa,jangan baca.sekian.

Assalamua'laikum w.b.t..

Selesai membaca catatan kawan2 berkaitan dgn exam.huhu..Sedikit sebanyak membacanya membuatkan Imah sedih sebenarnya.Tapi x kisah la.truth is I am a very optimistic person~ (or at least trying to keep my spirit up!..up up and away~~~!!)

Cumulative tests pada sem nih rendah dari sem lepas...(Imah rasa dalam semua subjek,including pharmaco...huhuhuhu..).Still, alhamdulillah.Terdetik dalam hati ingin mengatakan puncanya Imah x sempat nak fokus pada study sbb before break kna setel hal pindah randah rumah.Masa break pulak balik Malaysia,maka x sempat nak study..hek elleh..alasan je tuh.Kalau dah berdisiplin,rumah roboh pon tetap akan study..Tapi rasanya lebih utama ialah Imah sedar bahawa rezeki kita,Allah dah tetap.Usaha la byk mana pon,kalau Allah dah tetapkan jadinya mcm tu,mcm tu la jadinya..Ya Allah,permudahkanlah jalanku..dan tetapkanlah aku sebagai hambaMu yang bersyukur..amiin..

Tak suke,tak suke!!Bile exam je seme org masuk bilik.Berkunci cam masing2 kna kuarantin.Berpenyakit lagaknya.Tapi semua org xda pilihan.Kalau x,camne mahu study?Imah mencurik sedikit masa study dan decided to jot down on this post..(kononnya nk release tensen la tuh)..cam makin tensen je..huhu

Kekuatan..oo kekuatan~ mana kamu,sayang?dah lama Imah x jumpe.hurmm..menyorok agaknya.xpelah,lpas2 nih baru jumpe kot.

owh! 1st paper, Pharmaco.Imah challenged diri,abiskan lecture CNS dalam sehari nih..or at least buat overview jer.Ntah dapat ke x.Nama pon challenge,kan?Imah akan cuba,I.Allah..

Next paper.AP.Killer subject.Yeah.Kill or be killed.I choose to shoot.Tengok jela ape Imah mengarut atas paper tu nanti..nak wat citer pon,kna ada idea kan?so nnt Imah study yer..sabo2 AP.You juz ain't seen me yet..siap la ko.ahahaha (AP : suke ati ko la Imah.aku x kesah ponnn)

Last paper.MCBT..grrrrrrrrrrr..geram sgt kat MCBT.sbb die comel.Sangat comel.X sabar nak dapat cases tu dan jawab seme soalan..Dan cam beser,Imah yakin Imah akan wat cerita lagi atas paper tu nanti..harap cerita tu akan turn out to be 'based on a true story' so that Imah dapat gak la sedikit markah..nope.yeah.aahahahaha..

Arakian,yakinlah Imah bahawa berdasarkan pembacaan di atas,dapatla kiranya rakan2 membuat kesimpulan bahawa Imah da x berapa nak betul.Beser la nih,bila da x betul sbb da under stress+malas+penat da mata ni haaa+saje nak mengarut kat muka blog nih = dapatla satu entry yg mmg sekadar mmbuang masa sape2 yg mmbcanya..

owh2!dah 2 tahun setengah Imah struggle.kalo abiskan tahun nih,jadila 3 tahun struggle utk dapat degree.kalo kantoi tahun nih,bertambah la lagi jangka masa kena smbung blajar.lagi lama la sy di Adelaide nih..kalo jln2 n shopping saje2 best gak,kalo nk kna struggle study lagi..erm...mkn ikan patin masak lemak tempoyak cili api mama lagi best! so,kna gak try my best..permudahkanlah,ya Allah..tapi Imah sedar,Allah jugak yg tahu apa yg terbaik utk hamba2Nya..(tapi kita dituntut utk berusaha!)

CHAYOK2,IMAH! JANGAN MALAS2.JANGAN ASIK WAT MNDA LAIN.

owh2! Imah sgt hampeh sebab selang 20 minit,main mnda lain.X dapat nak fokus lama2.Camne ni Imah????grrrrrrrrrrr...... sumbat lappy masuk treasure chest 10 dollar baru tahu!

dah nk dekat kul 5.Mata da ala2 panda yg baru balik wrestling.Aiiii..xpelah.perjuangan harus diteruskan.

baca lagi,baca lagi,baca lagi..teruskan membca smpai la buku tu berkata, "dah2...aku da muak tengok muke ko.g main jauh2.." baru Imah akan stop kot.. (ok.kalo buku tu betul2 kate cam tu,Imah buang je kot..scary kot buku boleh berkata2..ataw mungkin psychotic sudah Imah di kala itu?? wtv!! )

ok.baca lagi.sbb bile baca I.Allah dpat pahala. =)
tu saje da cukup mnjadi driveforce anak cikgu sulaiman yg kurreng ckit nih...

harapnya xda org bace.sbb klao bace gak,mmg buang mase anda yg sememangya precious bak air mata air di padang pasir yang mengalir laksana paip pecah di Kampung Hilir yg Imah xtaw pon akan kewujudan ia.

take care like skin care!

aiiii....

wassalam.

Tuesday, November 3, 2009

Amik hati,masuk dalam poket..

It is scary what sleepless night can do.It really is.

I couldn’t sleep last night for a few reasons.And because of that,I did a lot of things I wished I’ve never done.

I posted 2 poems that I wrote on my own.

The first one (Ketamakan Rasa) was an old one.I wrote that long time ago,when I decided to stay away from feelings that hurt me,and my friendship.

The second one was written last night.It was a crappy night.CRAP.CRAP.CRAP!!

I guess feelings and faith (iman) have the same cycle.Up and down.

And as always,last night..my feeling had one of its down.And it was scary.It was really,really scary.

I listened to a song that hurts me over and over again.I was sorry to myself,and to the other person as well.I wished I spent my time reading up MCBT lecture or something beneficial.But I didn’t.Instead, I let my feeling took over me.And I rode the same train that I shouldn’t have ridden..AGAIN.I promised myself that I would never go near that train,but last night the promise was broken.

And today,I really wanna make a full use out of today.And sleep early tonight if I can…Dear Allah,please let me.And please forgive me.

And the oral test.I think I did bad.But some of the points were covered,and I felt a stint of relief because of it.I guess it’s ok.Afterall, I did try my best and I am not yet a fully eligible pharmacist.Alhamdulillah for everything..

Amik hati,masuk dalam poket.

It’s tiring to make the same mistake again and again and again..i.e letting my feelings control me,and not the other way around.I really wanna let go of that useless thoughts of mine.The voice and feelings that kept popping back from the back of my head and start making my way to Him..This is really not the time for my feelings to go haywire.I need my day controlled.Routinely perfect.Zero defect.Because it’s the time of the year again,FINAL is coming!

I prayed hard.I did.I know He listens.He always does..Amiin..

Sunday, November 1, 2009

Tombo Ati

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t

Imah cumalah manusia biasa.Iman ada turun dan naiknya.Sekejap di atas,nantikan di bawah pula.

"Mar, camane nak maintain iman?"
"Kite teringat kat lagu ubat hati.pernah dengar x?"

Terima kasih,Mar..Sangat-sangat terima kasih..

Bilamana Imah dapat rasa iman dan jiwa ini down,teringat Imah akan lagu itu,dan tersenyumlah Imah semula.Al-Quran dicapai,doa dipanjat.Azam untuk bangkit di malam hari berapi lagi..Dan puasa dilaksanakan.Semua dilakukan untuk terus maintain iman dalam diri yg makin hari makin kuat dugaannya agar iman itu turun dan turun dan terus turun.Siapa yg mengganggu?Siapa lagi kalau bukan syaitan dan konco konconya.Owh..dan tak lupa,nafsu yang sentiasa mengganggu. Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam serta kejahatan nafsuku sendiri..

Jom cerita pasal ubat!Huhuhu..nk wat camne,Imah da amik bidang farmasi,perkataan ubat xleh lari..Rupanya ubat nih ada 2 macam.Yang merawat zahir dan yang merawat batin kita.

Bercerita pasal ubat zahir..Imah pilih antidiebetes.Sbb mama ada penyakit nih.Arwah pakcik Imah pon ada penyakit nih.Arwah sepupu mama pon meninggal disebabkan complication diabetes lepas amputation kat kaki.Dan Type 2 DM mmg ada genetic component yg kuat.Imah teringat semua tu,tapi still x henti2 menyuap Maltesers ke dalam mulut..Huhuhuhu..aih..Semalam Imah borak2 dgn mama.Mama kate kaki die sakit.Doktor kate tu complication diabetes.Neurological damage.Mama baru je di diagnose dgn Type 2 DM nih.Last 3 years.Tapi complication die dah mula menyerang mama.Imah rase sbb sebelum2 nih mama mmg da ada DM tapi underdiagnosed.Sebab bdn mama time tu still boleh kuarkan sufficient insulin kan..Tapi tu la hakikatnya.Sepatutnya kena jaga dari awal..Tapi mama ckp,smpai skrg pon pemakanannya kurang terjaga..Adoi..(Mama,kenapa kita mempunyai msalah yg sama?) Semua salah mama.huhuhuhu.sbb Kak Chik anak mama,kna la ikut mama...huhuhu..
Ah,xda maknanya.Kena jugak jaga.Rasanya nilah masalah Imah,da taw buat jugak..Hmmmm..

Ok,kite tinggalkan Imah dgn masalah pemakanan die.X penting pon.Seterusnya ubat yg merawat batin..Ubat hati..Ada sebuah lagu bertajuk Tombo Ati ataw dalam bahasa Melayunya, Ubat Hati.Lagu ini berasal dari Indonesia.Lagu tersebut memetik dari kata2 seorg ulama' yg berkata..

Ubat hati,ada 5 perkara..

1) Baca Al-Quran dan maknanya
2) Solat malam
3) Berkumpul dengan orang2 soleh
4) Berpuasa
5) Zikir



praktikaliti mmg mencabar dan pelbagai,tapi hasilnya??Yeah!!

huhu.Insya Allah boleh menolong kite memantapkan iman.. =)

Alhamdulillah,siap gak entry nih.Dari semalam lagi Imah duk berkira2 nak menulis,tapi x kesampaian..
Erm..esok Imah ada counselling Test.Kawan2 doakan Imah yer..Moga Allah permudahkan urusan dunia agar mudah bagi Imah meneruskan perjuangan yg suci ini..Dakwah yg luas cabangnya..

Setulusnya Imah mendoakan kejayaan kawan2 Imah di seluruh dunia.Di Malaysia,Australia,India,New Zealand,UK etc..dan jika anda membaca blog ini,tenanglah hati.Kerana Imah mendoakan kejayaan anda juga. =)

Lagu malam dalam rindu,
Syahdu ia meniup memohon agar rasa itu menyatu,
Kepingin bertemu dalam arena cinta yang hangat,
Membakar ia bukan sedikit tetapi banyak..

Rindu itu bertiup lagi,
Lalu kutadahkan tangan,sucikan hati,
Memohon aku pada Ilahi,
Agar didatangkan cinta antara kita,
Diberikan peluang untuk berjumpa,
Rasa rindu yang membakar,
Dan rasa cinta yang melakar..

Duhai sahabat,sungguh aku rindu!!!

Dakwah : Every Little Things Count...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt..

Duhai sahabat,hatiku dan hatimu bertaut atas jalinan akidah, hadiah dan nikmat terbesar dari Pemilik alam ini...

Imah memetik perbualan antara Mar (Mardhiah) dan Imah pada suatu malam ketika Mar bermalam di rumah kami.

Mar : Imah,awak setuju tak yg dakwah itu wajib?
Imah : Setuju.

Dan perbualan itu makin sarat dgn isu-isu hati,iman dan amal..Betapa malam itu imah dapat merasakan sesuatu yg diketuk dalam hati ini.

Mar : Apa yg imah rasa paling susah nk buat? Or nak tinggal?
Imah : Ermmm...huhuhu...ntah.Banyak sangat..

Begitu Imah menjawab.Malu.Pada Mar. Dan semestinya padaNya...

Dush lagi kat muka sendiri..

Dakwah??
owh...mcm kakak2 sumer tu?ke mcm makcik2 tuh?dakwah?cmna nk buat?dakwah?Imah?Dakwah?hurmmmm...

Membaca blog sahabat2,kenalan2, hatta blog2 penulis2 yg tidak dikenali pon Imah baca.Bercakap tentang dakwah.Imah naik cemburu.Cemburu dgn kekuatan hati mereka.Cemburu dgn apa yg mereka lakukan.Imah cemburu kerana bila teringatkan mereka, Imah jadi teringat kepadaNya.Ah,Imah cemburu!!!!

Kerana sahabat yang terbaik adalah sahabat yang bilamana kau berjumpa mereka,mengingatkan kau kepadaNya...

Maka kembali Imah kepada persoalan asal..Imah?Dakwah?Dakwah?Imah?
Macam ada yg tak kena..Imah x layak lagi berdakwah..
Imah x banyak ilmu..
Imah x cukup baik..
Imah da banyak buat salah,salah sendiri belum abis dibetulkan,nak tegur salah orang?
Dakwah?Imah?

Dush kat muka sendiri..

Imah bukan bodoh.Sebetulnya dakwah itu cukup banyak cabangnya,cukup halus ia menular kerana ia perlu masuk ke hati dan dibuktikan dgn kata kata dan perbuatan..

Imah x banyak ilmu?
Praktikkanlah apa yang ada.Mungkin kongsikan dgn rakan2 lain? =)


Imah x cukup baik?
Manusia tiada yg sempurna.
Kalau nak tunggu cukup baik,mungkin akan terlepas peluang berdakwah dalam hayat ini kerana kita takkan pernah menjadi cukup baik.Improve yourself everyday.. =)

Imah da banyak buat salah,salah sendiri belum abis dibetulkan,nak tegur salah orang?
Kalau Imah x tegur,Imah mungkin berdosa. Kuatkanlah hati,betulkan mana yg salah,satu persatu.Dan mohon kekuatan dan keampunan itu daripadaNya.. =)

Dakwah : Every little things count.

Perbuatan yg elok adalah dakwah.
Kata kata yg baik adalah dakwah.
Bercerita tentang kebaikan adalah dakwah.
Study dan berdoa serta berserah diri kepadaNya adalah dakwah.

Kerana apa yg kita buat,orang akan tengok.Apa yang kita ucap,akan orang dengar.Dengan cara itu,kita berdakwah..

Berada di Australia,Imah sebenarnya diberi seluas luas peluang untuk berdakwah,antara Imah sedar atau tidak.

Being nice and a Muslim,now that's dakwah. Being humble and helpful,that too is dakwah.Smiling to people is also a way of dakwah.


Because when the non-Muslims see that nice,helpful,humble and gracefulness is a part of Islam, they might see us the way we actually are.Islam is always graceful.


Asal sahaja Imah niat melakukan semua itu kerana Allah,Insya Allah itu juga dikira sebagai dakwah.


Dakwah : Every little things count..
Subhanallah..
I don't wanna miss out the chance of fighting for Islam..
For the ummah..
For the Prophet (pbuh)
And ultimately, for Allah..The Almighty..